..::.. S L i D 3 S H 0 W ..::..

Geng :Upin & Ipin







Terbukti, tanpa menggunakan suara pelakon top di Malaysia macam animasi Putih dan Silat Legenda pun animasi Geng ini tetap menggegarkan panggung. Ini bermakna kalau skripnya bagus dan dialognya pun lucu, orang akan terhibur kerana watak-watak kartun itu telah disuntik 'jiwa' macam lakonan manusia.

petikan dari murai.com
Sungguh membanggakan kerana selepas 5 hari tayangan, filem ini dah kaut RM2 juta! Jadi tidak mustahillah kalau semua peminat filem memberikan sokongan filem ini boleh mencecah sasaran tinggi yang diharapkan iaitu, RM10 juta. Harap-haraplah kan.

Bagi Murai Batu, filem ini seronok ditonton sebab animasinya cantik dan mengagumkan. Walaupun ia tidaklah sehebat produski Hollywood iaitu Pixar Studio atau Dreamworks, namun dengan bajet RM5 juta itu, filem ini sudah nampak berkualiti dari segi visual dan kesan bunyinya.

Malah Murai Batu pernah tengok ada filem animasi Barat dan Asia yang membosankan. Jadi Murai Batu sarankan, filem kartun Geng ini sebenarnya boleh juga dialihbahasakan ke Bahasa Thai, Indonesia, Tagalog mahupun Tamil sebab kita berkongsi beberapa budaya yang sama.

Yang geramnya, ada seorang kawan Murai Batu bersikap sinikal untuk menonton filem ini apabila diajak ke panggung hujung minggu lalu. Liat sungguh dia nak beratur membeli tiket tapi apabila sampai saja di kaunter, dia terkejut kerana semua show hampir sold out pada hari itu. Mujurlah sempat juga dapat saki baki tempat duduk.

Kemudian apabila tayangan berlangsung, kawan Murai Batu itulah yang paling kuat gelak sampai tepuk tangan! Haa, siapa nak jawab? Keluar saja panggung, dia terus mengucapkan terima kasih kepada Murai Batu kerana berjaya menyakinkan dia untuk menonton filem itu. Hmm...
SETUJU dan pada pandangan aku..sepanjang menonton Geng ni..memang perasaan kagum terasa di hati..grafik 3D nya mmg awesome..superb..amazing..fantastico..mmg detail sungguh kerja² depa.gua salute la sama lu org budak² muda kt les copaque tu..mmg hgpa da very teribbly amazingly sungguh² berbakat..karektor-karektor dan skripnya mmg sempoi habis..paling aku suka dialog dari rajoo..
"Kawan²..fikirkan masa depan.."
ckp byk pon xguna..p tgk sendiri la baru tau..apapun dr 10 bintang di langit..aku bg 15 bintang.hehehe


3 comments:

zamzunita said...

wah..da tgok da..diantara org terawal gitu...bagus betui la akakku sorg ni..cam2la support local anime kte..bravo²..huhu bile la nk p tgok ni...

aizuemi said...

betul betul betul

apa yang dikatakan tentang Filem Animasi ini, menarik dan menghiburkan

da 2x g tgk.. hahaha.. masih tak busan~

ASU said...

asu pergi dgn anak buah asu balik dari baling... selamat mereka balik leh pergi bawak budak kecik tak nampak cuak sikit... kalu nak gi sorang2 nanti malu pulak masuk pawangam tu. dalam hati nak tengok bebenarlah cerita tu lebih dari budak2 ~.~ heheh