..::.. S L i D 3 S H 0 W ..::..

Gumbira...Sedih...Risau....Seronot..???

Td member kt penang dok tnya bila nk transfer penang..
aku pon xlarat nk menjawab dh..
baru ja dok smbg ngn mael..kalau blik png..mcm2 nk wat..aktiviti2 kt cni..nk sambung kt sana..
tup-tup su(hosmate aku a.ka. person bhgn admin) pm aku kta surat dah mai..
apa la..zassss..terus ke admin tgk surat tu..
ala..xdak tarikh org tu lapor diri plak..
tp dh tau nama nya(nama dirahsiakan) ..
beliau adalah seorg perempuan..
tpon org perjawatan..nk tnya budak tu lapor diri bila...cuti la plak person incharge..
hrap lewat la 2-3 bulan..aku nk p sarawak utk sukan staf interversiti ..
mcm2 dlm kepala nih..nk angkut barang la..apa la..
sedih plak nk tggl kawan2 kt cni...
apapun..tunggu esok..lps aku kol org perjawatan..bilaaaa tarikhnya...??

3 June 2008

dah dpt kol org perjawatan mggu lepasss..
n dpat tau bulan brp budak tu lapor diri..
tp tarikh spesifik xtau lg..hmmm..still kena mengagak2 lg..
apapun sblm aku transfer aku nk mengaktifkan diri aku sepuas2nya smpai muntah..
mggu lepas dah pergi main paintball ngn zu,ayu,dan kawan2 kepada kawan2..

<
Warner Bros la tok dalangnya..
igt bulan ni wat planning rock climbing,abseilling,flying fox etc2..
tp penuh plak jadual mggu ni dan smpai ujung bulan..
so postpone bulan Julai la..
bak kta zue..."sblm ampa pindah kite g main aiskeeting dulu "

Nevertheless, walaupun aku telah transfer ke penang..aku akan meninggalkan jejak kakiku disini...

SYAITAN DAN HIDUNG

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)

Malah ada orang jatuh cinta kerana
terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.
Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.

Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.
Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung,
tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan
yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.

Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,
macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa)

Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.
Cara nak membersihkannya

Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,
bersihkanlah perlahan-lahan.
Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek
kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal,
boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam
serombong kapal daa.

Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat,
nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah,
setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya
kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah
dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).

Akhir kata........


"Walaupun dirimu tidak kukenal,
tetapi lubang hidungmu
tetap menjadi pujaan hatiku"

Izrail Tak Pernah Lewat

oleh: Hafez Iftiqar*


****

Ingatkah engkau, akan putih salju
yang merintik atas renik peluh
yang merenik setelah jenuh
berlari
dari Raqib dan Atid?

Kawan, ini bumi asing
yang katamu, pohon-pohon pun
tak mungkin pernah bersyahadah.

Pagi hening, engkau adalah setitik hitam
yang enggan berzikir, waktu ditegur Izrail.
Di setiap penjuru hamparan salji
barisan roh bermuka hitam
membentak
menengking
mengherdik
tersenyap,
waktu kau dipaksa
menyebut nama Tuhan.

Kawan, rupanya,
kita tak mampu berlari.


*Hafez Iftiqar @ Mohd Hafez Iftiqar Bin Ahmad Termizi merupakan salah seorang penulis jemputan iLuvislam. Kini menuntut di Monash University Australia dalam bidang perubatan. Berdakwah melalui penulisan di blog beliau, hafeziftiqar.blogspot.com

kawan-kawan ini pesan buat korang yg aku sayang

kAwAn-KaWaN..aKu sAyAnG KoRaNG SeMUa..
WaLaU SeMaLaM KiTa BaRu BeRjUMpA..
HaRi Ni KitA dAH BoLeH MesRa..
mAcAM DaH KeNaL LaME..
TaPi KaWaN..JgN BeSoK BuAt2 LuPA
yANg kIte pErnAh bErSaMA..
KeNaNGaN BuaT KiTA DeWAsE..
BeRteMu Ke BeRpiSaH DaH jD aDat DuNia?
tiMe Nih rAsA nK NaNgiS PoN aDE..
yE R..taK tAhU aJaL MauT BiLe NK TiBa..

BuAt KoRaNg SuMeR..
nI sEkAdAr iNgatAn Je..DuNIa PeNuH PaNcaRoBA
KaLo Nk BeRjaYe KeNe RaJIn UsaHa..JgN TaNyE SeLeRA
MeMeNiNgKaN KePaLe..mEMaNg XdE GuNe..
taPi InGaT..IdOp Ni BiaR SeLaMbe..
BiAr KenE TeMpat..KaLo TaK BuaNg KaReN aJe
yE LeR..TaK SuMeR OrG SukE KitE..
sILaP TeMpAt aBEs NaYa...

AKu SaYaNg GiLeR2 kT SuMeR..
KiTa Ni CaM aDEQ BeRaDiK CuMe iBu BaPe X SaMe..
haTi kAsi BaIk..BiaR SuMer SaYaNG kT KitE
nI hA..B4 aKU TeRLuPa..CaKaP BiaR BetUL..
pLaNNinG JgN yG BukaN2 paS tUh KaNtOi..
tAkUt BiLeR JumPe DaH xBeTuL..
Ke HuLU ke HiLiR BaWaK tiN MiLO & bOToL
NeK BeSKaL PoN Nk BaYO tOL..
taHaP Ni Da xLeH Nk ToLOnG..
PaLiNg KuaT aKU dErMA ActIvEfaSt Nye PaNaDoL..
tAk PoN..abEs KoRaNG Ne AnGkUt p TaMpOi..

KaWaN-KaWaN..MaaF KaLO teRkAsAR BaHaSe..
TeRuMpAt kEr TeRMeNgaTe..MaAfKaN AkU YeR..
PaNJaNg UmO KiTeR JuMpE..
tUh PoN KaLo TuHaN Nk PaNjaNgKaN nYaWa..
KaLO dOk..
SeDEkaHKaN FaTiHAh..SeMoGa RoH Ku DiCuCurI RaHmAt PENCIPTA?

Inikah Yang Kau Katakan Sayang

Bila kau ucapkan kata sayang,
kata cinta, kata rindu... .
Sejauh mana kebenaran nya
Cukup kah kasih mu, cinta mu, sayang mu itu
untuk membungkus luka ku
terleraikah rindu ini dengan hanya bersandarkan janji
yang lebih banyak rapuh dari kukuh,
Tersedia kah ruang untuk ku berteduh
selamanya di hati mu... .
Bukan sekadar menumpang di penjuru paling jauh
atas kadar sementara..
Sehingga kau merasakan tempuh
aku bertapak di hati mu telah sampai ke penamat.
Mungkin juga sehingga kau memerlukan ruang ini
untuk penghuni baru..

Jesteru itu kemana hala tuju ku..

Aku bukan lah gagah untuk terus berdiri di luar pintu
Mengintai intai laluan yang membolehkan
aku kembali ke dalam..
Aku juga merasakan tidak perlu aku merayu
simpati mu
Dalam lelah yang sebegini
aku lebih rela menarik diri
Sebelum aku kehilangan sisa harga diri
Aku sempat juga menoleh ke arah mu
yang tercegat di situ
Terima kasih,
Ucapan sayang dari mu itu tidak ada erti lagi
Seperti janji setia mu yang cair
lebur bersama mimpi
bersama rindu yang tidak ku perlukan lagi

Terima kasih sekali lagi..
Ucapan sayang mu ku pulangkan
Kerana aku tidak memerlukan
cinta yang sebegitu... ..



Sympathy for U, my fren..

Pagi2 td tiba zu YM..bg perkhabaran yg agak mengejutkan..mmg i was totally shocked..
'Cam Mael kena curik..' .. terus tersentap..rasa sebak...3+1..kenapa..cam adik dia pon kena n cermin keta ayah dia kena pecah jgk..
Kalau aku pon rasa mcm ni..apa lg hang mael..
aku tau..betapa bermaknanya cam tu kt hang..besar harapan hg utk cam tu..utk hg melangkah mencorak masa depan hg..
hg tulis dlm blog..nk kena dptkan baru...kalau aku byk duit..bleh ja bg hg pinjam..tp apakan daya,aku pon xmampu...tp aku rasa cdgn hg utk wat loan tu..good idea..

Bagi yg aku bleh bg hnya doa dan simpati...
Sabaq no..aku xyah hbq kt hg...hg pon tau..ni semua pasti ada hikmah dia..
selalu kalau jadi musibah kt aku...deep inside im thinking..mesti aku ada wat dosa..bila review blik..yeah..mmg aku ada wat dosa@salah..so,aku terima dan hadapinya..ini adalah dugaan@ujian drpdNya untuk menguji hambaNya..
Luckily, syukur alhamdulilah..musibah@dugaan tu tak melibatkan org2 tersayang aku...(mintak simpang)

akhir kata..
“Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Cinta Yang Tak Pernah Padam

ku tegakan badanku bila berhadapanMU,
kutunduk wajahku dikala bersamaMU,
kesiluan yg melanda jiwaku,
satu perasaan yg menikam kalbu,
perasaan yg tertarik ke arah kejadianku
keadaan yg membawaku suasana dahulu,
ketika diriku melafazkan ketekadtanku,
Engkaulah kuasa yg mutlak ke atas diriku,

kini kehidupanku hanya kernaMU,
jiwaku berserah kepadaMU yg satu,
kujanji dan kusumpah setia waktu,
keramat kehidupan ini hanya kepadaMU,

aku tidak gentar pada ugutan,
aku tidak berganjak walaupun pd kemewahan,
aku juga tidak takut walaupun merasai keperitan,
dan aku juga sesekali tidak akan terpengaruh kpd kemegahan,
darah yg mengalir hanya utk perjuagan,
keperitan yg ditanggung demi satu kebenaran,
pantang ku undur walaupun dgn sejuta halangan,

kerna ku tahu inilah erti kasih sayang,
aku juga mengerti inilah yg dikatakan pengorbanan,
inilah merupakan sebenarnya percintaan,
nilai inilah merupakan satu pengangungan,
dan kerana ku tahu inilah ertinya matlamat segala penciptaan,
kerana sesungguhnya sembahyangku,
segala urusanku,hidup matiku sendiri,
segala-galanya hanya kerna MU,
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM

A FRIEND'S GREETING FOR A SPECIAL FRIEND

I'd like to be the sort of friend that
you have been to me;
I'd like to be the help that
you've been always glad to be;

I'd like to mean as much to you
each minute of the day
As you have meant, old friend of mine,
to me along the way.

I'd like to do the big things and
the splendid things for you,
To brush the gray from out your skies
and leave them only blue;

I'd like to say the kindly things that
I so oft have heard,
And feel that I could rouse your soul
the way that mine you've stirred.

I'd like to give you back the joy
that you have given me,
Yet that were wishing you a need
I hope will never be;

I'd like to make you feel as rich as I,
who travel on
Undaunted in the darkest hours with you to
lean upon.

I'm wishing at this time that I
could but repay
A portion of the gladness that
you've strewn along my way;

And could I have one wish this year,
this only would it be:
I'd like to be the sort of friend
that you have been to me.

Akukah Ini....??

AKU... .
siapakah aku sebenarnya di bumi ini
masih tercari-cari identiti diri sendiri
di dalam dunia yang penuh onak dan dan duri
sukar untuk aku fahami hati ini

AKU... .
apakah yang aku inginkan?
apakah yang aku mahukan?
dan apakah yang aku kejarkan?
adakah harta dunia yang menjadi idaman
ataupun bekalan akhirat yang berkekalan?

AKU... .
masih teraba-raba dalam gelita
dalam meniti perjalan usia
apakah akan aku terjumpa
dengan apa yang aku damba
sukaruntuk aku menyatakannya
kerna aku merasa terlalu berdosa

AKU... .
bisakah aku tempuhi hidup ini seorang diri
tanpa sesiapa ada disisi
hadir untuk menemani
andai terjatuh bangun sendiri
atau mungkin terus berhenti
sukar untuk dimengerti
antara fantasi dan realiti

AKU... .
masih tercari-cari kebenaran
di seluruh pelosok alam
tanpa aku ketahui jalan yang besimpang dihadapan
namum harus jua aku lalui dengan keberanian dan kesabaran
walau apa pun yang bakal mendatang
tidak pernah menjadi halangan
teruskan berjalan dengan tenang
inilah erti dugaan
yang mematangkan pemikiran

AKU... .mendambakan ketenangan hati
AKU... .mengidamkan kekuatan diri
AKU... .mengharapkan kasih sejati
dimanakah tempat untuk mencurahkan rasa hati
tiada cinta yang lebih tulus dan suci
melainkan cinta hakiki darimu ILAHI