..::.. S L i D 3 S H 0 W ..::..

Picnic, gath 27/07/2008

Semalam 27/07/2008...
Piknik ngn geng2 irshad area KL..
ct n hubby, edi,matli,yatim,ayu,caon, zulia(sesat mana ntah) n of coz la aku..
janji kt umh aku kol 8..bertolaknya kol 8.30..

sementara tunggu ayu samapi..kami ber4 p breakfast kt restoren Darul Ehsan kt umh aku sek18..elok dh abis mkn..ayu pon smpai..utk mempercepatkan keja..ayu park keta dia kt masjid sek18..pastu kami pon bertolak...time tu dah kol 8.45 dh..uish..dlm kepala mesti farah dh smpai kt hentian rawang..(janji ngn dia tggu kt ctu kol 9..)

kluaq ja guthrie..kol farah..amatlah mendukacitakan..dia terlupa nk hbq..yg dia xleh p..ada maslah perempuan..plak tu bleh aku tnya soalan bodo..'kwn hg tak p ka..' dah aku xp..xkan kawn aku nk p.."huhuhuhu..oklah..kita jln terus..potpet2 la dlm keta tu..aku, zu n ayu (tp mcm ngantuk ja..maklumla penat)..sian yatim nk menyampuk kdg2 xmasuk topik yg dibincangkan..last2 kena sound ngn aku..matli plak..bz dok membaca suaqkhabaq..

Alamak..! terlupa bawak suaq ganti..patut pon,mcm rasa ada yg tertggl..
Sms edi :tlong bawa kain batik kalau ada.
Sms ct(dia xtolak lg dr teluk intan) :ada sluaq track ka apa2 ka..xpon kain batik.aku terlupa bawak suaq salin la..'
Ct Reply : Ok..nnt aku carik.
Akhirnya sampai kt tol sungkai..tunggu pnya tunggu..edi ngn caon pon smpai..kami pon berkonvoi la 3 keta masuk ke dalam HotSpring Sg.Klah ...
Tapi kami tak berkelah di situ..kami ke kawasan sungai ..jauh masuk ke dalam lagi..lalu kawasan org asli..jalan pnya jln..smpai ujung..Jalan mati..kena la patah balik..ooo..rupanya kami terlepas simpang...masuk la simpang yg kami terlepas tu..kawasan tu kiri kanan ada umh org asli..

bila dh smpai ujung jalan..aik..ni tembus balik jln kita masuk td...berenti la sat..edi kol mmber dia..smua pakat turun dr keta..



OK..kita kena patah balik..ada satu simpang lg yg kita terlepas..yang berTAR tu..
semua pakat undur keta..keluar balik dr kwsan org asli tu..

last2 jmpa simpang yg terlepas tu..masuk kwsan org asli jgk..masuk dalam tu...akhirnya sampai kami di sana...

Waktu ketibaan

uish..mcm best ja tgk ayaq dia..tp kt ctu xdak fasiliti apa pon..alamak..xdak coverage..cmna ct nk cari tmpt ni nnt..xpala..tu nnt cita..skrg cari port..
jln ke atas skit..ada pondok yg agaks buruk..tggu kt ctu sat..edi,matli n caon p cari port lain..lama jgk la tunggu depa...bila depa mai..kami pon p la kt port yg dicari depa ...
hmm..canteeeqq...kawasan best..ayaq dia pon best..
aktiviti selanjutnya..apa lg..debushh..acara badak berendam..mkn2..nasi goreng jawa,duran2..rambutan,manggis..kek..



isk..mana ct xsmpai lg nih..last2 edi p kluaq tggu ct kt hotspring..lama jgk tunggu depa..

yg lain2 ni teruskan dengan xtvt mandi-manda..

Asik layan nmpk..matli..

akhirnya ct n hasben arrived

aku,zu n ayu saja la nk ikut aksi2 matli,yatim n caon..menghanyutkan diri dan berenang kt satu kwsan ni..mula2 ayu p dlu..wah..mcm best..dr kwsn dlm(bleh la jejak kaki..ke kawasan cetek..)

okla..aku n zu pon nk ikut cm ayu..(tp aku heran awat ayu dok kt tepi tu,dibawa oleh matli..)
pastu matli n yatim tunggu aku n zu kt ujung tu..suh depa jaga2 takut hanyut..debush..berenang la kami berdua..smpai kt ujung..wah..leh jejak..cetek ja..tp disebabkan arus..kami berdua terus dibawa ke depan..nasib aku pgg kt zu..(dia tggi)..matli kta..weh..kt cni dalam..apa lg..aku panik la..mmg xleh jejak kaki..(tp aku masih pgg zu)...kami di tarik(baju zu) oleh matli n yatim ke tepi(di mana ayu berada)...paut kt batu..oo..persoalanku terjawab..knp ayu dok ctu..rupa2nya td ayu pon mengalami nasib yg sama mcm kami..lpas tu apa lg..balik ke tmpt asal la..xmau dh la mandi kt ctu..
acara2 lain..mkn..mandi..pose..pastu makan..mandi..pose..
last2 bila dh puas..amik gmbq ramai2 dlm ayaq


kemas apa yg patut..

tgk sapa tu caon..

yg lecehnya..xdak toilet n tmpt salin..kena la kami tggu budak2 laki ni hbis salin..pastu leh balik..kami salin kt petronas lpas simpang tol sungkai n wat jamaq sekali..



tgh2 dok tggu masuk waktu asar(lg bbrp minit ja)..zu hbq dia dpt 15 miskol..(almaklumla..td xdak coverage)..oo..baru terigt..ada perjumpaan ngn geng2 uitm..kak liza,milia,ida,su,gda,anis,suraya...aku bajet dlm kol 6..rupa2nya janji zu ngn depa lepas asar..apa lg..gelabah la zu..takut kena mare...yg c edi ni ajak p minum2 plak...last2 terpaksa la aku n zu serta ayu..balik ngn yatim(terpaksa korbankan diri)..tgglla ct,matli,edi n caon yg p minum..

sekian..lps ni samb yg perjumpaan geng2 uitm plak..

yatim says :
tima kasih buat caon yang bawa durian,manggis,rambutan..snggup dia bwa balik kulit2 durian,rambutan dan manggis kat kuala kangsar kot..hehe..buat kenangan..hahaha...tapi aku tau motif dia menjaga alam sekitar,,bgs hng caon..di sebalik keganasan ada tersimpan nilai murni...heheh..
edi yg buat nasi goreng jawa kot..abis semua orang makan...nasi goreng orang bujang...hahaha..pastu si CT bw wedges dgn fries...buat sendiri tuu..teror la hang siti..ada satu trivia kalo hngpa semua nak tahukan.....aku ni ingt si CT ni dah ada 2 orang anak..hehhe..malu aku ja..bila di abaq anak dalam perut..hehe..so nampak sngt bnyak benda aku tertinggal...hehe..jgn marah ye CT...lepas ni aku akan ikut perkembgan hang..heheeh
smlm balik letih weii..sorilah geng2 yang minum petang tu weii..aku bukannya tak nak join hngpa..aku rasa sedih gak..tapi hngpa kena tnya si Diyanah tu..ikut suka hati dia ja nak tkr plan lain pulak..weii..lain kali jgn ada plan lain pulak..hehe..kesian edi ngan caon nak minum2 sempena farewell hang..hhehhe..next time
...


Gambar-gambar happening..

Cerpen Best

:: Memori Katak Pisang :: (~ Bukan aku yg karang ek~)


Angsa kesayangan atuk sedang sibuk di sarangnya mengeram telur. Itik nila yang sebanyak tiga ekor itu juga sedang asyik berenang ke tepi ke tengah kolam bersama 10 ekor anak yang kuning keemasan. Teratai-teratai berwarna merah jambu terapung di permukaan menyerikan ketenangan kolam di petang yang hening ini.

"Raya nie dia orang nak datang.." terngiang-ngiang suara emak di telinga. Aduh.. sejak pulang ke kampung ini petang kelmarin hatinya semakin sesak. Ikutkan hati mahu saja dia balik ke Kuala Lumpur semula. Bukannya apa, dia baru nak membuka mulut bertanya berita si Suhana
alih-alih kisah Suhaimi pula yang disebut. Aduhai.. tolonglah aku!

"Dah termenung kat sini kenapa?" Suara mak jelas kedengaran di belakang. Aku cepat-cepat bangun sambil tersengih malu.

"Bukan termenung mak.. ni tengah pikir ni nak balik pagi raya ke nak balik sebelum raya.."

"Hah.. jangan nak buat benda bukan-bukan.. " ugut emak membuatkan aku tersenyum. Seram jugak mak dengar apa yang aku cakap. Aku mengeluh bosan dan melangkah ke halaman. Kelihatan adik-adik aku sedang sibuk memasang pelita panjut yang bakal menyerikan malam Tujuh Likur nanti.

"Mak ni bukan apa Jun, tu pak lebai tu teringin sangat nak berbesan dengan mak nie.. "

"Ala mak nie.. kalau iye pun nak berbesan kenapa mesti jodohkan Jun dengan Suhaimi tu?" Aku menarik muncung.

Bosan betul bila menyebut nama lelaki itu. Ah.. lelaki macam tikus tu. Eii.. tak sanggup aku nak tengok keadaan dia yang tak serupa orang tu. Dahlah kurus melengking.. lembik nak mampus pulak tu..

"Tak naklah kalau dengan dia mak!" Terpacul saja perkataan itu dari mulutku. Emak yang sedang melayur daun pisang menjeling.

"Nak atau tidak, cubalah kau jumpa dia dulu.. tak lama lagi... 5 hari lagi jer.." Aku mengeluh lagi. Patutlah mak tanya tanya soalan yang tak logik hari tu.

"Kerja kau macammana sekarang nie Jun?"

"Okey.. dah confirm pun.. mak toksah risau la.. tahun depan dah boleh pakai kereta.." jawabku sambil ketawa.

"Umur kau pun dah nak masuk 24 tahun depan kan?" soal mak lagi sambil sibuk mengacau daging masak lemaknya.

"Kawan kau si Mastura tu dah dua anak dia.. Hah.. Aton yang selalu mengaji dengan kau dulu pun dah nak beranak tak lama lagi.. " Alamak.. dah menyimpang tajuk nie..

"Mak ari tu kan Jun ada baca dalam surat khabar cara-cara nak awet muda.. mak bolehlah amalkan petua tu.. nanti Jun pegi ambil,"

"Eh.. orang cakap pasal dia dia sibuk cakap nak awet mudakan kita pulak.. tunggu dulu!" Alamak..Aku duduk semula di kerusi.
"Mak nie dah nak masuk 50 dah Jun.. tengok jiran-jiran kita tu.. teringin jugaklah mak nie nak menimang cucu..."

"Err.. mak nak suruh si Aishah kawin ke?"

"Mengarut ye cakap ngan mak? Aishah tu baru darjah 5! Kau tu la mak nak suruh kawin.." Aku tertawa melihat mak memasamkan muka. Aduii.. mati aku kali ni..

"Mak nie.. macammana la Jun nak kawin.. dulu masa sekolah ada orang minat kat Jun mak tak kasi layan. Masa saham Jun tengah naik masa sekolah menengah pun mak warning jangan nak menggatal bercinta. Dulu ada mat saleh nak kat Jun masa kat UK dulu mak larang jugak..
Dah tu macammana Jun nak kawin, boyfriend pun tak de..." Aku mencapai pisau dan memotong sayur kacang.

"Itu dulu.. sekarang nie takkan tak ada apa-apa kot.." mak senyum. Aku menggeleng kepala.

"Sapa nak kat Jun nie mak.. bukan selawa mana pun.. tambahan pulak Jun nie pakai tudung. Orang lelaki sekarang nie mana nak pandang sangat orang pakai tudung nie.." sengaja aku memberi alasan.

"Itu kau tak payah bimbang.. bulan lepas, ada orang merisik kau," Adoii!! Aku mencampak pisau ke tepi. Jari telunjuk yang terhiris tadi kutekup dengan hujung baju kurung kedah.

"Buat kerja tu lain kali hati-hati sikit.. " mak menggeleng kepala sambil mengambil serbuk kopi dan menghulur kepadaku.

"Siapa pulak yang nak menempah malang tu mak risik Jun nie.." soalku.

"Ala.. Lebai Sahak.."

Lebai Sahak? "Untuk siapa? Untuk Badrul ke?" soalku lagi. Terbayang
wajah pensyarah muda itu di ruang mata.

"Bukan.. untuk Suhaimi..."
Apa??

Solat terawih sudah pun selesai. Aku mengekor di belakang emak yang asyik berbual-bual dengan Mak Tih Kiah depan rumah kami.

"Ini ke si Jun?" satu tepukan lembut di belakangku membuatkan aku terperanjat beruk. Wanita bertelekung putih itu tersenyum sambil mengusap belakangku mesra.

"Iye la kak Aji.. sapa lagi kalau bukan anak dara ceruk dapur saya nie.." sahut emak sambil mengerdip-ngerdip mata. Alah.. apa lak mak nie main bahasa-bahasa mata ni?
Seketika cubitan halus hinggap di punggungku. Adoii..aku menjeling mak geram.
Salam.." bisik emak. Ohh.. segera aku menghulurkan tangan.

"Dah lama sangat tak jumpa.. iyelah.. orang belajar tinggi.. jauh pulak tu.."

"Hmm.. nak buat macammana kak aji.. dia orang nie bukannya macam kita nak mengenal saudara.. hari raya pun buat tak tahu saja.."

"Suhaimi tak balik lagi?" soal mak. Yearlkk.. aku terasa tekak sudah mula bergelodak bila mendengar nama itu.

"Entahlah.. dulu dia talipon nak balik hari melemang.. tak tau la Long Zah.. orang kerje drebar nie payah sikit nak dapat cuti.. " Apa? Driver? Aduii.. mak ni biar betul nak jodohkan aku dengan driver.

"Buat apa la dia pergi kerja dengan orang putih tu iye Kak Aji..nak cuti raya pun susah.. dah lama jugak dia tak balik beraya rasanya.." amboi mak nie..

"Hmm.. entahlah Long.. tak tahu jugak la nak cakap.. " keluh Mak Aji Som.

"Jun kerja di mana sekarang ni?" soalnya.

"Di Putrajaya mak Aji.."

"Ohh.. kerja kat tempat PM.. baguslah tu.. kerja la elok-elok.. err.. mak aji balik dululah ye.. datang ke rumah Jun bual-bual dengan Suhana.. dia dalam pantang tu.. " pesannya sebelum beredar. Aku Cuma mengangguk.
Dalam hati sabar ajelah.. Si Suhaimi tu bukan aku tak kenal. 24 jam bersongkok.. anak pak lebailah katakan. Pulak tu lembiknya macam katak pisang. .
Eii.. Masih kuingat lagi zaman kami kecil-kecil dahulu. Aku sebaya dengan Suhana adiknya. Selalu sangat si Lembik tu kena buli dengan budak-budak.. dan tukang backingnya siapa lagi kalau bukan aku. Kalau kita bercakap dengan dia macam bercakap dengan dinding. Mulut tu macam ada berlian. Hari-hari berkepit dengan muqaddam.. pasal apa nak tau? Pasal bebal sangat. Dahlah lembik nak mampus.. kalau mengaji tak pernah lancar. Padahal 24 jam mengepit Muqaddam.
Hemm.. tu baru story kat kelas mengaji. Belum kat sekolah. Walaupun dia tu lebih tua 4 tahun dari aku tapi semua hampeh. Kalau nak tengok muka dia hah, tunggu aje la waktu perhimpunan. Kalau ada budak kurus kering kepala tunduk bersongkok hitam berdiri kat depan tu, hah dialah. Kerananya.. periksa tak pernah pas. Nombor akhir sekali dalam kelas tu memang dia yang memegangnya sampai habis sekolah rendah. Yang aku pelik tu buku tak pernah lepas dari tangan.. orang lain tu tak pegang buku pun boleh lulus periksa. Sebut aje Suhaimi Lembik memang orang kenal sangat. Seramai enam orang adik beradiknya dia seorang saja yang 'kureng' sikit. Pelik jugak anak lelaki bongsu Pak Lebai tu. Kenan apa agaknya Mak Aji Som masa mengandungkan dia dulu.
Penat lagi rasanya aku berlari menghambat budak-budak yang selalu mengacaunya.
Pun begitu dia tak pernah nak berterima kasih. Dahlah lembik, sombong lak tu! Selepas itu aku tak ikuti perkembangan Si Katak Pisang itu. Dengar khabar dia pergi sekolah kat Kedah tinggal bersama pak ciknya yang mengajar di sana. Dan aku pula selepas habis darjah 6 mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah di Raub, Pahang. Sejak itu kami semakin jauh.
Suhana juga bersekolah di Terengganu dan tamat dengan sijil SMA sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir. Dalam surat pun Suhana tidak ada bercerita tentang abangnya yang lembik itu. Ahh.. Suhana pun tak berapa suka nak melayan abangnya yang gagap tu. Oh ya.. lupa aku nak cerita Suhaimi nie gagap sikit.. itu pasal berat mulut macam berlian.
Dan sekarang nie aku rasa Tuhan nak menduga aku. Kenapa dalam ramai-ramai anak Pak Lebai Dollah tu, Si Suhaimi Lembik itu yang terkena pada aku? Kenapa tidak Badrul yang menjadi pensyarah di UIA tu? Ataupun si Azlan yang sedang buat master di USM tu? Aku menumbuk bantal menahan geram.
"Mak, kalau tolak boleh tak mak?" soalku membuatkan emak tidak jadi memasukkan bancuhan bahulunya ke dalam acuan. Aku tunduk sambil menguis-kuis sabut kelapa yang semakin
hangus dimakan bara api.
"Hmm.. kan mak dah cakap dulu, jumpa dulu.. "

"Tapi.. mak kan tahu Suhaimi tu macammana.."
"Macam orang la.. macam apa lagi?" soal mak selamba sambil menambah kayu kayu kecil yang dikerat-kerat.

"Dulu mak tanya kau kata kau tak ada boyfriend. Lagipun..nak harap sapa lagi. Anak dara mak dua orang aje. 5 lagi lelaki. Takkan nak suruh adik kau si Aishah tu pulak.."

"Habis tu mak dah nak sangat bermenantu.."

"Iyelah.. sudahlah arwah ayah kau tak sempat menengok kau bersanding, nanti kalau mak pulak menyusul.. macammana?" soal emak membuatkan mulut aku terkunci.

"Lagipun.. memang sebelum arwah pergi dulu dia ada sebut-sebut nak bermenantukan si Suhaimi tu." Apa????
Aku rasa macam nak pengsan. Ah sudah.. mesti nak guna isu arwah ayah pulak..

"Kau tau tak.. sungguhpun dia tu macam tu Jun, dia la yang paling rajin menolong ayah kau kat kebun. Tak semua dalam setandan pisang tu elok.. tapi walaupun dia macam
tu, dia rajin, hormat orang tua." Aduii.. cuping telinga terasa kebas mendengar pujian dari mulut emak.

"Satu lagi mak nak pesan, jangan memilih rupa.. bukan boleh bawa bahagia.." emak menjeling tajam.
"Tapi mak.."

"Sudah, bakar kuih ni! Mak nak tengok si Hisham tu dah siap ke tidak pelita buluh dia.." Emak angkat punggung meninggalkanku di situ. Aduii..

"KAK JUN, apa kata tolong Aina bawak barang-barang ni..beratlah!" Aina berkerut-kerut kening menjinjing dua plastik besar barang-barang.

"Engkau nie.. bawak tu sikit pun nak bersungut.."
"Kak Jun la.. tadi abah suruh bawak kereta tak nak.. dah kita kena jalan kaki jauh-jauh macam ni.." sungutnya.

Aku cuma tersenyum. Kalau fikir balik, padan la dengan muka kau. Tadi semasa sampai di rumah bukannya nak menolong apa-apa yang patut. Orang bandarlah katakan.. dah berapa kali mak ngah menjeling-jeling tadi tapi dia selamba baring menengok tv. Akhirnya bila dengar aku nak ke bandar cepat saja mak ngah menyuruh si Aina ikut sama. Tapi nak dijadikan cerita, bas tiba-tiba pancit sedangkan ada lebih kurang 3 kilometer lagi nak sampai ke rumah.

"Kak Jun telefonlah rumah suruh abah ambil!" Aina sudah tidak larat untuk berjalan.
"Mana ada line kat sini.. tak nampak bukit bukau nie..?" soalku. Aina mengeluh dan mencangkung di tepi jalan.
"Habis tu?"
"Kalau penat kita stop sini dulu.. kejap lagi kita sambung balik jalan.."
"Apa? Kak Jun tau tak sekarang nie lagi sejam nak berbuka? Kalau macam tu bila nak sampai?" soal Aina terkejut.
"InsyaAllah, sebelum subuh esok kita sampai.."
"Kak Jun ni!!!" Aina mula merajuk. Aku cuma tersenyum. Tak boleh susah sikit sepupu aku ni. Maklumlah dari pandai menangis keluar dari perut ibu sampai dah 17 tahun umur hidup macam bidadari.. Aina.. Aina.. kalau kau duduk dengan mak aku.. memang dah cukup syarat dah
kau nak jadi bini orang! Kalau kau sanggup dengar bebelan anak dara pemalas kau cubalah bangun meninggi hari. Kalau nak rasa kutilan halus berbisa kat punggung cubalah kau basuh pinggan berbunyi-bunyi.. hinggaplah sedas dua kutilannya kat peha kau yang gebu tu. Itu
belum lagi dia tengok kau pakai skirt pendek seperti kebiasaan di KL sana.. alamatnya kena kejar kelilling rumah la engkau!
Surau yang semakin roboh dimamah usia di hadapan kami kutatap. Dahulu di sinilah aku bersama kawan-kawan menuntut ilmu keakhiratan saban petang selepas waktu sekolah. Pokok kundang tempat permainan kami masih utuh megah berdiri di sebelah kanan rabung surau. Dahulu laman surau ini pasti bersih kerana Suhaimi akan menyapunya setiap hari. Dan aku pula bersama Aton, Mastura dan Aidah akan menjadi tukang sepah. Elok-elok si Lembik itu selesai menyapu aku segera memanjat pokok rambutan. Dan di hujung dahan itu aku menggegar segala dahan dan daun-daun rambutan yang kuning akan bertaburan semula. Tapi Suhaimi tak pernah sekalipun marah. Mungkin kerana sedar diri aku selalu menyelamatkannya dari gangguan Usop Hingus cucu Tok Empat Latip itu.
Kadang-kadang aku sengaja membiarkannya mencuci lantai di kaki surau yang sudah kotor dengan tanah merah kerana kami tak pernah meninggalkan kasut di luar kawasan bersimen. Masih teringat sewaktu di bulan Ramadhan yang mulia ini, 16 tahun yang lalu, si Suhaimilah mangsa menyimpan segala kuih-kuih moreh untuk aku. Kadang-kadang bahagian dia aku ambil dan dia cuma memandangku sambil terkebil-kebil. Aku senyum sendiri melihat kenangan lama dahulu. Teruknya perangai aku!
Tapi mujurlah emak dan ayah tak pernah tahu. Lagipun Suhana pun tak pernah kata apa, asalkan aku sentiasa menjadi penyelamat abangnya.

"Oii.. lembik! Kau nie lain kali jalanlah cepat sikit..karang kalau budak hingus tu datang kang mula la kau terpekik-pekik!" Teriakku geram. Suhaimi masih terhegeh-hegeh mengayuh basikal yang lebih besar dari badannya. Suhana cuma menggeleng kepala.
"Imi.. cepatlah sikit!! Dah malam ni... kang kalau lalu kat kubur kat depan tu.. "
"Hishhh!! Mulut tu.." Suhana menekup mulut. Aku berhenti di tepi jalan menanti si Lembik yang mengayuh macam kura-kura tua.
"Jujjjujjj...Jun!! Aaaa..add..ddaaa menda la!"
"Apa lagi??" Aku menongkat basikal dan menghampirinya.
"Ngape?" soalku melihat mukanya sudah pucat lesi. Dia terketar-ketar menunjuk ke belakangnya.
"Pasal?"
"Aaadd...da mmmeennda pepe..peggang song...songggk...kok mi!" Air matanya sudah merembes keluar. Aku menggeleng kepala.
"Penakut! Bukan orang la! Ranting kayu! Bodoh betul.." jawabku sambil melepaskan ranting kayu yang tersangkut pada songkok buruknya. Aku dan Suhana tertawa kelucuan.
Suhaimi terkulat-kulat mengesat air matanya.

"Kau nie lain kali beranilah sikit! Sampai bila aku asyik nak jadi tukang kejar Usup tu jer.. ko tengok aku nie baru nak gemuk dah kurus balik, asyik jadi tukang penyelamat kau jer.." Aku menumbuk bahu Suhaimi. Tetapi tiba-tiba saja dia terus terlentang. Ak enna.. memang
dasar lembik! Begitulah alkisahnya si Suhaimi. Aku tersenyum melihat anjung tempat kami belajar mengaji dulu.
Begitu juga telaga yang pernah mencipta sejarah dahulu. Sejarah yang menyebabkan Suhaimi tercampak jauh di negeri Kedah kerana satu peristiwa yang tidak disengajakan!

"Kak Jun!!" Aku terkejut beruk. Aina tersenyum di sisi seorang lelaki yang sedang tersenyum memandangku tidak jauh dari Toyota Altisnya yang tersadai di bahu jalan.
"Kak Jun cepat naik! Abang nie nak tolong hantarkan.." Aku memandang lelaki itu curiga.
"Cepatlah kak!!" Aina menarik tanganku.
"Kau nie.. kau kenal ke orang tu?" Aina menggeleng kepala.
"Dah tu pandai-pandai sangat nak tumpang kenapa?"
"Kak Jun ni dah nak berbuka dah ni tau.. takkan kita nak tunggu sini sampai besok pagi! Lagipun takutlah.. sini sunyi.. mana ada rumah orang.."
"Iye la.. tapi kita tak kenal dia.. bukan orang kampung kita nie..sekali bapak ayam ke.."
"Apalah akak ni!" Aina sudah menarik muka masam.
"Kalau akak tak nak naik sudah! Biar Aina balik dengan abang tu!" Amboi.. tak makan nasihat! Aku memaksa diri melangkah menghampiri lelaki itu.
"Errr.. Abang, ni la kakak sepupu kita.. " Aku tersenyum sekadar berbahasa. Dalam hati memang geram dengan telatah Aina.
"Duduk kat kampung mana?" soalnya sambil membukakan pintu. Aina cepat-cepat masuk. Sabar aje la aku. Lelaki itu cuma tersenyum melihat aku kegeraman.
"Pamah Kulat.. err.. Encik ni nak kemana?" soalku setelah dia mula menggerakkan keretanya.
"Saya nak berbuka puasa di rumah pak cik saya.. selalu jugalah saya ke sini, tapi tak pernah jumpa.. cik.."
"Junaida! Nama dia Junaida bang!" cepat Aina menyampuk. Ehhh.. budak nie pandai-pandai aje.. kalau dia duduk sebelah aku kat belakang nie memang nak kena cubit.
"Ohh.. dekat-dekat sama dengan nama Aina ye... Junaida.. Junaina.. silap-silap orang ingat kembar.." Aina tertawa kecil. Amboi gediknya si Aina nie.. mentang-mentanglah
mamat nie hensem dan macho sikit.
"Jun, Jun tak kenal saya ke?" soal lelaki itu sambil melihat aku melalui cermin.
"Err.. sorry la.. memang tak kenal,"
"Perangai awak nie dari kecil memang tak berubah-ubah. Berterus terang.." Lelaki itu tersenyum.
"Err.. abang kenal ke kak Jun?" soal Aina hairan.
"Jun tak ingat masa kecil-kecil dulu.. budak yang selalu tunggu Jun tepi simpang depan tu masa balik mengaji? Yang selalu bawa lastik burungtu.." Aku mengerut kening.
Terbayang tiga ekor iblis kampung yang selalu mengganggu Suhaimi. Masih kuingat lagi baju kurungku terkoyak teruk kerana menghambat mereka kerana menyorokkan selipar
Suhaimi.
"Err... ni Usop ke?" soalku.
"Ya.. Usop la nie.. yang selalu Jun kejar dulu.." Usop tertawa kelucuan. Mak aiii.. biar betul budak berhingus ni dulu dah jadi macho dan kacak sebegini.
"Kau tak percaya kat aku ke Jun.. aku la.. Usop Hingus yang kau cakap dulu.. kau buat apa sekarang nie Jun?" soalnya.
"Kerja kat Putrajaya.. kau?" soalku pula.
"Dulu jadi model.. ala masa tu kau kat UK.. sekarang nie aku buka business sikit-sikit.. dah tua ni Jun.. kenalah cari ekonomi yang kukuh sikit.." keretanya membelok ke tengah laman. Kelihatan Pak Ngah baru saja menghidupkan enjin kereta saat kami turun dari kereta. Usop berlalu
setelah aku mengucapkan terima kasih.
"Ingatkan sesat ke mana tadi.. " ujar pak ngah sambil mengunci kereta Mercedesnya semula. Aku cuma senyum dan masuk ke dalam rumah. Sesaat selepas itu azan maghrib pun berkumandang....


MALAM ke 25 Ramadhan begitu bercahaya. Pelita-pelita panjut menyala terang di kiri kanan jalan. Aku merebahkan badan di atas katil. Adikku Aishah tidur di luar bersama-sama Juliana dan Atheera. Memang setiap kali musim raya mak ngah dan pak ngah akan bermalam di
rumah kami memandangkan rumah atuk telah sendat dengan adik beradik yang lain seramai 8 buah keluarga. Si Junaina tidur di bilik aku. Anak dara sulung pak ngah tu memang tak suka berhimpit-himpit macam adik-adiknya yang lain. Tapi dia berhati baik, tak lokek barang dan harta benda. Hmm... kawin? Aku tersenyum sendiri. Macammana aku nak terima si Suhaimi sedangkan suatu masa dahulu aku yang menjadi pelindungnya. Lagipun, macammana dia nak
sara hidup aku nanti? Entah-entah, gaji aku lebih tinggi dari gaji dia. Isshh... kalau dia handsome macam si Usop tu tak apa juga. Lagipun, aku ni bukannya tak ada rupa.
Cuma jodoh belum tiba lantaran sibuk dengan pelajaran dan kerjaya.
"Aku tak sangka tomboy brutal masa kecil-kecil dulu dah jadi macam tuan puteri.. apa rahsia kau Jun.." soal Usop sambil tersenyum.
"Rahsia..? Entahlah.. time is changed Usop.. kau tu pun.. dulu mana ada macam nie.. " balasku. Kerapu kukus masih berwap panas membangkitkan selera. Tapi mengenangkan aku ni anak dara terpaksa control sikit..
Siang tadi beriya-iya benar dia mengajak aku keluar berbuka sama di Restoran Terapung Nelayan di bandar Lipis, satu-satunya restoran eksklusif di daerah itu.
Kira-kira sejam perjalanan dari Raub.
"Mungkin aku banyak membantu kot.. kalau tak kerana kau yang selalu mengejar kita orang dengan pelepah pinang takkan kau jadi tinggi lampai macam ni, betul tak?" usik Usop lagi.
"Apa la kau ni Usop.."
"Tak sangka kan.. setelah 14 tahun terpisah kita berjumpa semula, kan?" Usop senyum mempamerkan barisan giginya yang kemas tersusun.
"Kau.. kau dah ada special boyfriend?" soalnya membuatkan aku tersedak. Cis!! Celako.. soalan maut dia tanya aku!
"Kenapa? Kau nak jadi boyfriend aku? Kau dah lupa parut kat perut kau dulu?" soalku. Usop tersengih.
"Jun, aku tertarik dengan kau.. kalau kau mahu beri aku peluang, aku tak akan kecewakan kau.." Wah.. semudah itu? Aku tersenyum.
"Jangan bergurau Sop.."
"Tak .. aku tak bergurau.. serius.. kalau kau nak tahu sejauh mana kejujuran aku.. aku akan hantar rombongan ke rumah kau bila kau kata yes.. sungguh Jun.. aku dah tak macam dulu lagi.. "
Kata-kata Usop masih terngiang-ngiang di telinga. Aku kebuntuan. Biar betul mamat sekor ni.. Mustahil dia lupa perutnya yang bocor akibat terkena kaca dulu. Sebulan kena tahan di wad gara-gara aku. Itulah kacau lagi si Suhaimi tu. Aku tertunduk. Tiba-tiba ingatan pada
Suhaimi menjelma. Kerana peristiwa itu juga Suhaimi terbuang jauh dari bumi Dato' Bahaman ini. Dan yang pasti semakin hampir hari raya semakin aku terasa sesuatu yang belum kulangsaikan.
Peristiwa itu masih segar di ingatan. Waktu itu hari raya semakin hampir tiba. Seperti biasa Suhaimilah orang pertama tiba di surau. Membentangkan sejadah.. membersihkan laman yang
ditimpa dedaun kering.. memasak air.. Sewaktu sedang sibuk dia mengambil air dari perigi di belakang surau Usop, Udin dan Mail Kengkang datang mengganggu. Simen surau yang sedang dibersihkan sengaja dikotorkan lagi.
"Uuusss...sssop! Jajaja..janganlah kkkootorrkan!" pintanya. Usop Cuma tertawa mengejek dan merampas songkok usang Suhaimi.
"Ohh.. patutlah bersongkok sepanjang masa.. ada kurap kat kepala!!!" Suhaimi berusaha merebut songkok lusuhnya tetapi tiga ekor jin itu semakin galak mempermainkannya.
Aku menggigit bibir geram. Dari atas dahan pokok kundang yang sedang kemaruk berbuah itu aku menyaksikan perbuatan mereka. Dalam hati aku jadi marah .. kenapalah Si Lembik nak mampus tu tak melawan? Cuba bagi penumbuk sebiji!
"Woii!!" Usop terhenti dan berpaling ke arah suara itu.
Aku segera turun dari pokok kundang dan menghampiri mereka.
"Hek elehh... nak tolong buah hati dia la tu.." sindir Mail Kengkang.
"Pulang balik songkok dia!" Aku membulatkan mata. Dia orang nie memang nak kena luku ngan aku ni.. aku menyingsing lengan baju kurung bersedia mengepal penumbuk. Usop menjelingku sambil tersenyum.
"Ko sayang sangat budak berkurap nie kenapa?" soalnya.
"Eh suka aku la nak sayang ke nak benci ke.. kau sibuk kenapa? Pulang balik songkok dia!" Aku menunjal kepala Usop yang rambut berceracak seperti landak mengeram itu.

"Ko main kepala ye? Kerana budak kurap nie kau tunjal kepala aku??" Usop memegang tanganku kuat.
"Ko nie nak kena sangat yek?" soalku sambil mengangkat kaki 45 darjah. Sekuat hati aku menendang perut Usop. Usop terpersok di celah tiang surau. Aku tertawa puas. Padan muka.
"Wei..meh la bangun lawan kalau ko nak sangat.. wei!!"
Aku mengacah-acah penumbuk ala-ala peninju. Suhaimi yang terpisat-pisat mengesat pipinya yang basah. Perlahan dia mengutip songkoknya di atas tanah. Aku menanti Usop untuk bangun tapi yang terdengar esak tangis beserta raungan kesakitan. Alamak.. aku mendekati Usop. Usop
berpaling memegang perutnya yang sudah mengalir darah pekat.
"Usop!! Pak Lebai! Usop luka! Usop kena kaca!!" Mail Kengkang dan Udin sudah menjerit panik. Aku tergamam begitu juga Suhaimi. Kelihatan botol kaca yang sudah pecah tercacak di kaki tiang.
"Jjjuun! Laa...laariii!!" Suhaimi menolakku. Aku kepucatan. Usop sudah tidak bergerak-gerak lagi.
"Imi.. macammana ni?"
"Lllaarr..rri cececepat!" Gesa Suhaimi.
"Ceeccepat!!" Dan tanpa menanti aku membuka langkah seribu. Dan air mata ketakutan mula mengalir deras. Aku dah bunuh Usop ke?? Sejak peristiwa itu aku menjadi pendiam. Tidak lagi selincah dahulu. Dengar khabar separuh nyawa Suhaimi dibantai Pak Lebai kerana dia mengaku dia yang menolak Usop. Tak cukup dengan itu Suhaimi dibawa ke Kedah setelah tamat Darjah 6. Kerana kesilapanku dia rela dihukum walaupun sepatutnya aku tampil ke hadapan. Sejak hari itu aku tidak lagi melihat bayang Suhaimi. Duniaku rasa aman, pertama aku tidak perlu menjadi bonzer Suhaimi. Kedua Usop juga diambil semula oleh ibubapanya dan tinggal di Kuala Lumpur.
Namun, saat aku berjuntai di atas pohon kundang aku terasa kehilangan sesuatu. Kehilangan bila melihat laman surau yang sarat dengan dedaunan.. lantai dan tangga yang tidak dijaga bersih seperti selalunya. Tapi perasaan itu hilang bila aku meninggalkan alam kanak-kanak.

Nama Suhaimi kian luput diingatan sehinggalah emak membuka suara tentang hajat Pak Lebai.
Memang, Suhaimi tentu masih seperti dulu, kepalanya botak kerana penuh dengan kudis yang tak pernah baik, badan lembik dan melengkung.. tapi dia tak pernah menyakiti hati orang lain. Dan kerana Suhaimi juga aku mula berubah menjadi anak gadis yang lebih sopan. Tidak lagi menghabiskan masa di atas pokok kundang, tepi-tepi sungai..
"Woi!! Termenung!" Aku terperanjat. Ikan-ikan yang berenang tadi bertempiaran lari. Usop tertawa kecil.
"Kau ni Sop.. kalau aku lemah jantung mati kempunan la kau nak tengok aku bersanding.." Usop tertawa lagi dan duduk di sisiku.
"Macammana?" soalnya. Aku senyum.
"Emm.. aku ada cerita nak kasi tau kau.." ujarku.
"Jun, kau tak percaya kat aku ke?" soalnya.
"Aku ikhlas Jun.. sebenarnya memori kita kecil-kecil dulu tak pernah luput dari ingatan aku.. sama selagi parut luka kat perut aku nie masih ada. Aku tak salahkan kau Jun.. malah peristiwa itu menyedarkan aku. Kalau tak kerana kau, aku tak mungkin berjaya macam hari nie.."
Usop tersenyum.
"Aku hargai perasaan kau tu Sop.. tapi.. kau dah terlambat." Aku senyum.
"Maksud kau .. kau dah ada yang empunya? Boleh aku tau siapa Jun?" soalnya terkejut.
"Emm.. kau mesti tak percaya..." aku sendiri nak tergelak. Tapi aku yakin dengan petunjuk dari Allah. Istiharah aku telah menampakkan keputusan yang patut aku buat.
"Cakaplah Jun.. sekurang-kurangnya aku nak tahu siapa lelaki bertuah tu.." pinta Usop.
"Suhaimi,"
"Suhaimi? Jun.. mustahil Suhaimi Lembik.." Aku mengangguk membuatkan Usop tertawa besar.
"Kau nak buat lawak ke Jun? Takkan kau nak bersuamikan budak berkurap tu.." Usop menahan lucu.
"Sop.. biarpun dia berkurap.. lembik.. tapi hati dia baik. Lagipun.. aku terhutang budi pada dia.. kerana akulah dia terpaksa membawa diri. Kau tahu kan dia dihalau ke Kedah kerana luka perut kau dulu.. "
"Betul ke? Patutlah aku dah tak jumpa dia lagi.." Usop tunduk.
"Tak salah kalau aku memilih dia kan Sop? Dulu kau jugak ejek-ejek dia tu buah hati aku.. sekarang nie.. makbullah doa kau tu.. " aku tersenyum.
"Apa pun.. aku harap kau tak menyesal Jun.."
"Menyesal? InsyaAllah tidak.. lagipun Suhaimi pun manusia.. Cuma dia tak sehebat kau.. tapi kalau itu yang membahagiakan aku tak salah kan?" Usop terasa disindir.
"Lagipun Sop, mak aku pesan jangan memilih rupa.." sambungku lagi menerbitkan rona merah di muka Usop.
"Err.. okey la Sop.. aku nak balik dulu.. kau datanglah raya esok kat rumah aku.. bye!" Aku segera meninggalkan pinggir tasik itu. Langkah kuatur kerumah fikiranku menerawang. Aku percaya ketentuan Allah.. harapnya pilihan kali ini diberkati olehNya.
"Kak Jun.. mak panggil ke dalam," ujar Aishah sebaik saja aku sampai di dapur. Kelihatan Aina sedang mengacau rendang di kuali. Mak Ngah tersenyum sambil mengisi beras ke dalam kelongsong ketupat. Aku segera naik ke atas.
Alamak!! Segera aku berpatah balik. Dua orang lelaki yang sedang berbual-bual dengan mak kelihatan mencurigakan. Eh.. siapa pulak nie. Aku mengintai.
Alamak.. yang kurus kering tu macam kenal ajer.. sesekali dia tertawa menampakkan gigi kapaknya yang besar-besar. Errkkk!! Hatiku berdebar-debar. Mataku beralih pula si kacak yang berjeans sedang memangku seorang budak kecil.
"Kak Jun!!" Opocot!! Aku terperanjat besar. Aishah kupeluk erat.
"Sapa tu?" bisikku.
"Tu la abang Suhaimi..." Apa??
"Junn!!!" Alamak!! Suara mak jelas lantang memanggil.
Aku rasa macam patung cendana. Mak.. Jun tak sanggup nak terima Suhaimi!! Kata nak datang hari raya.. ni belum raya lagi dah datang!! Ishhh!!
"Jun mari sini kejap!" Suara emak memanggil memaksa aku melangkah ke hadapan. Mak tersenyum.
"Hah.. inilah Jun Imi.. Jun.. kau kenal lagi tak Suhaimi ni?" soal mak. Aku rasa tak larat nak angkat muka.
Sampai hati mak suruh Jun kawin ngan dia nie.. "Jun.." Aku memaksa diri bila cubitan emak hinggap di peha. Wajah lelaki kurus kering itu kutatap.
"Jun.." Eh.. magik ke dia.. panggil nama aku tapi mulut tak kumat kamit pun..
"Mak.. Jun tak nak kawin!" Bisikku perlahan ke telinga emak. Sekali lagi cubitan halus hinggap ke pehaku.
"Jun.. ini Imi bawa souvenir dari Paris.." Eh.. lelaki kacak yang sentiasa tersenyum itu bangun tiba-tiba dan duduk di sebelahku. Eh.. biar betul.
"Jun tak kenal Imi lagi ke?" soalnya. Aku renung mukanya lama. Mana wajah Imi yang cengkung dulu? Mana songkok lusuhnya? Apa sudah jadi pada badan kurus melidinya
dulu? Dan aku cari lagi bukti mengatakan dia adalah Suhaimi. Dan.. ya.. anak matanya yang berwarna kelabu itu masih kekal pada Suhaimi Lembik yang kukenali dulu.
"Imi.. macammana Imi boleh jadi macam ni? Imi dah tak gagap lagi?" soalku spontan. Suhaimi tersenyum.
"Semuanya kerana Jun. Junlah yang mengubah Imi yang lembik dulu kepada Imi hari ini..." ujarnya sambil tersenyum.
"Tapi Imi.."
"Tapi apa lagi? Imi nie mesti penat..baru sampai terus ke sini.. macammana jadi drebar kapal terbang di negeri mat saleh sana Imi?" sampuk emak. Drebar kapal terbang?
Aku serta merta tergelak kecil. Rupanya perpisahan kami membawa perubahan yang positif . si penakut dah berjaya menerbangkan pesawat!
"Bukan drebar kapal terbang la mak long.. pilot.." sampuk Juliana sambil tertawa. Aku mencuri pandang.
Agaknya inilah petunjuk Allah. "Imi, maafkan Jun kerana Jun Imi terpaksa tinggal di
Kedah,"
"Dan kerana Jun juga Imi berubah, Imi jadi kuat bila teringatkan Jun.. dan terima kasih kerana banyak melindungi Imi dulu. Dan sekarang.. izinkan Imi pula untuk melindungi Jun selama-lamanya..
" Mak aiii.. aku rasa terbuai.. mak.. Jun setuju pilihan emak!!! Dan lelaki yang kurus itu suami Suhana rupanya!! Aku senyum lagi.. kalau dah jodoh.. katak pisang pun boleh bertukar
jadi putera raja!!

Syukur pada Tuhan!

Sesekali Bangun Pagi Biarlah Aku Menangis

Sesekali bangun pagi
biarlah aku menangis
walau pun ada yang terus gosok gigi
dan mandi membersih diri,
ada juga yang hisap rokok dulu
tapi aku menangis peribadi.

Sesekali bangun pagi
biarlah aku menangis
bukan nak puji diri,
aku bersyukur kerana masih hidup
rohku masih berada di jasadku
diberikan-Nya untuk berfikir
menghadapi hari seterusnya.

Sesekali bangun pagi
aku menangis lagi
memikirkan cerita semalam
seorang lelaki dibunuh kejam
di jalanraya ikut sesuka hati
yang pasti si isteri dan dua anaknya
hilang tempat bergantung
hilang kasih sayang.

Hari ini kerajaan berkempen
kesedaran berbudi bahasa
namun ada segelintir manusia
lebih kejam dari haiwan
yang tidak tahu berfikir
tetapi menerima hakikat
kehendak alam seadanya.

Muhayat57
fama point, bandar baru selayang
29 Jan. 2005M/18 Zulhijjah 1425H

~nobody's perfect.. ~

Nie cerita sekadar renungan... .

"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?"
ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.

Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.

Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu nyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu
yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.

Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan
pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik pintar, baikhati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhanuntuk saya".

"Lantas?!", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan
"Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?". Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab,
"Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".

======================================
Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ?
... .. Nobody's perfect. Jadi jangan mensia-siakan apa yang sudah
ada di hadapan kita,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat, Tak kiralah kita ni lelaki ke pempuan ke... Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri,apakah sudah sempurna di mata orang lain??

Rase-rasenyer sama juga dgn yang dah berkahwin... Redhalah dgn apa yang ada..belum tentu yang baru tu dapat memenuhi citarasa kita..yang lama dah tentu kita kenal buruk baik nya..just improve ourselves..dan sama-sama membetulkan kesilapan dan kekurangan diri masing-masing..learn thru our mistakes... wallahuallam...

Citer2 P. Ramlee Dgn Situasi Skrg....

[analisa filem2 p ramlee dibawah dikaitkan dengan kejadian hari ini... .filem sindir sindiran, yg tak dimakan zaman]

Do-Re-Mi, salah satu cerita yang saya tak jemu tengok. Babak yang paling menarik ialah bila doremi masuk rumah nak jual berus gigi tapi pakaian bukan main cantik dengan kot, tali leher dan kasut kilatnya. Tapi pakai topeng mata macam penyamun. Lepas itu, tuan rumah kena paksa membeli.

Memang sinonim dengan situasi sekarang. Maksud yang tersirat ialah doremi itu orang berniaga tetapi berniaga macam penyamun, paksa orang beli dan bayar walaupun orang itu tak perlukan barang itu.

Banyak terjadi sekarang... . Laporan audit negara tahun 2007, begitulah keadaannya. Barang yang tak perlu, pun dibeli, kemudian dengan harga mahal pula tu. Barang yang murah, boleh jadi berkali-kali ganda mahalnya. Barang yang langsung tak diperlukan, tapi dibeli hanya sebab nak memuaskan hati penyamun yang bertali leher dan berkot itu.

Siapa penyamun dan siapa yang kena samun.Penyamunnya ialah kontraktor pembekal dan pegawai yang meluluskan tender itu.Yang kena samun ialah rakyat, duit pembayar cukai lah, duit budak-budak sekolah. Patutnya duit itu boleh buat belanja budak sekolah ke, bantuan buku ke, bantuan makanan ke, tapi masuk poket penyamun Kemudian, dalam 'scene' yang sama, ada pula watak polis. Siapa polis itu?

Hebat betul P.Ramlee mengintepretasikann ya. Beliau mungkin telah lihat perkara begitu dalam zamannya, sebab itu filemnya masih sinonim dan tak jemu ditengok, dan penyamun - penyamun itu masih berleluasa sampai sekarang dan ada yang dapat perlindungan pula itu.

Cuba pula kita lihat 3 Abdul... tuan penasihat ada macam macam-macam. Tapi kalau silap pilih, penasihat yang paling bijak pun boleh jadi macam sangkar perangkap monyet. Silap haribulan perangkap makan tuan . Tuan penasihat memang dah tetapkan 25% dalam tiap urusan. Modal dia, bagi idea saja, air liur saja. Begitulah sekarang, tiap urusan memang dah ada '25%' itu untuk orang tengah.

"Kalau marah nanti kena jual". Itulah syarat utama dalam perjanjian 3 Abdul dengan Saddiq Sigaraga. Apa maksud P.Ramlee itu. Apa kena-mengena dengan orang marah.

Orang marah ialah orang yang gagal mengawal emosi mereka. Orang marah telah ditiupkan dengan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahan nya akan terserlah.Hanya orang bijak saja dapat memanipulasi kelemahan ini. Setengah orang, bila melihat orang marah,dia jadi takut atau cuba menenangkan orang itu.Tapi manipulator akan ambil kesempatan sebab orang tengah marah lah paling senang kena provok. Orang marah lah akan buat tindakan bodoh, cakap yang tak senonoh dan senang lah manipulator masukan dia dalam perangkap monyet dan jual dekat restoran eksotik. Dalam 3 Abdul, jadi hamba lelongan.

Ini banyak jadi dalam politik. Ada seorang yang bertaraf menteri, yang dulu tugasnya mengawal kegiatan kongsi gelap kelas pertama, sebab marah fasal isu ketuk ketampi dan tersalah cakap pasal pelancong negeri Hang Li Po terus kena tukar mengawal kegiatan samseng di sekolah. Jauh sangat turun nya.

P.Ramlee telah beritahu fasal pentingnya Emotional Quotent dulu lagi.Walaupun istilah EQ belum lagi ada masa itu. Hingga untuk perkara baik pun mesti dijaga EQ itu. Lihat semasa 2 Abdul itu ditemukan dengan isteri masing-masing, Abdul Wahib menyergah, supaya mereka mengawal perasaan dan perlakuan.

Alibaba bujang lapuk, penyamun boleh bawa berpakat, tak ada masalah,asalkan pandai. Boleh buat-buat macam kena rompak, lepas itu claim insurance. Penyamun zaman Ali Baba Bujang Lapuk pun ada persatuan. Samalah macam sekarang, ada macam-macam persatuan dan institusi yang menyamun duit rakyat.

Ada macam-macam projek yang kononnya menjaga kepentingan rakyat, tapi sebenarnya nak diagih-agihkan peruntukan kerajaan itu sesama mereka. "kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan" Banyak yang tersirat dalam dialog filem itu sebenarnya.

P.Ramlee dah bagitahu penyakit-penyakit orang Melayu lama dulu. Sekali lagi, kita buat silap,tak pandai nak ambil iktibar yang disampaikan P.Ramlee 40 tahun dulu dan selama 40 tahun itu lah kita hanya pandai gelak bila lihat komedi sinis P.Ramlee di TV tapi tak pandai menilai.

P.Ramlee memang genius, belum ada lagi filem Melayu sekarang ini yang dapat mengetengahkan isu isu orang Melayu secara sinis dalam panggung wayang... atas layar perak. Sebagai orang seni, P.Ramlee cukup sensitif dengan masalah masyarakat Melayu masa itu. Kehebatan beliau terletak pada bagaimana beliau menceritakan kisah Melayu dengan analogi yang halus sekali.P.Ramlee menggunakan adab Melayu yang suka beralas bila bercakap, tapi menerusi medium filem. Filemnya sarat dengan mesej.

Nujum Pak Belalang, nasib negara ditentukan dengan pertaruhan dan ego si Sultan.Pertaruhan.. .perjudian. .dah tentu ada taukehnya.. Isu hangat yang terjadi. Tauke judi pun terlibat dalam menentukan siapa yang patut jadi "ketua kepada segala ketua perbicaraan" . Sang penasihat, Si Kitul jadi dalangnya. "correct... correct"

Dalam filem itu, ahli nujum lah yang menjadi penasihat negara. Apa apa yang dimusykilkan Sultan, pendapat ahlil nujum lah yang penting. Sama seperti sekarang, penasihat negara ialah peguam. Nasihat peguam penting sebab dia yang tahu selok belok undang-undang. Ada peguam negara dan ada peguam broker.

Sebab terlalu ghairah bercerita, habis semua jawapan teka teki diberi tahu oleh ahli nujum itu, dia tak tahu si Belalang tengah curi dengar, yang secara kebetulan bersembunyi bawah pelana perahu. Cuma Belalang moden tu badannya besar. Dia tak bersembunyi, cuma pakai kamera tersembunyi sambil duduk atas kerusi. Sang peguam pula beria-ia bercerita, dia langsung tak tahu ada orang curi rakam pula tu. Habis semua dia bagitahu segala rahsia dan komplot.

Sebab ahli nujum dan peguam penasihat tak mengikut etika, muslihat masing-masing makan tuan. Bukan itu saja, dengan tuan masing-masing tergadai. Dalam filem itu, Sultan Masai tergadai negeri, dalam cerita moden,hakim tergadai maruah.

Hairan, filem yang dah 40,50 tahun dulu masih sinonim sekarang. Saya tak pasti samada peristiwa yang sama atau hampir sama pernah terjadi masa zaman P.Ramlee hidup dulu.

Musang Berjanggut, satu filem yang begitu klasik penyampaiannya kerana ia satu-satunya komedi sinikal yang berprofil tinggi yang dihasilkan P.Ramlee.Maksudnya, ceritanya ini memaparkan telatah kurang akal disebalik jawatan dan protokol pemerintah bila berdepan dengan godaan wanita. Berprofil tinggi kerana kononnya yang terlibat ialah Baginda Sultan, Menteri dan Orang Besar Kerajaan. Ada yang sanggup jadi kerusi, kuda tunggangan, hiasan rumah dan macam-macam lagi kerana wanita.

Masing-masing cuba menyembunyikan kebobrokan sendiri, padahal mereka saling tahu tentang kebobrokan sesama mereka. Namun, salah seorang akan menjadi mangsa untuk menyedarkan tentang kebobrokan masing-masing.

Seronoknya, bila dibuka peti yang kononnya ada musang terperangkap, masing-masing terpinga-pinga, dan segala orang besar istana, Menteri dan Baginda sendiri tahu yang rahsia mereka dah diketahui. Musang yang tertangkap itu pula ialah orang kuat Baginda sendiri.

Orang kuat Baginda terperangkap sebab menyorok dalam tempat yang salah pada waktu yang salah. Jadi lah dia mangsa untuk dijadikan bukti dihadapan Sultan. Sultan pula tergamam tak terkata.

Namun kisah ini tidak disulami dengan kematian atau letupan tapi disudahi pula dengan 'happy ending' sebagai satu bentuk memohon maaf dari P.Ramlee jika menyinggung pihak tertentu. Tajam sungguh sindiran P.Ramlee itu, dan kebelakangan ini, filem tersebut seperti terkeluar dari senarai rancangan TV jika ada slot untuk tayangan filem-filem P.Ramlee.

P.Ramlee ialah pengkritik sosial terhebat melalui medium filem dan filem-filemnya dah sampai satu peringkat macam cerita rakyat sebab sentiasa sinonim dengan apa zaman pun. Cerita rakyat macam Aladdin, Golden Egg Goose, Luncai dan labunya, tetap segar walaupun dah beratus tahun, moralnya masih relevan, tak kira zaman. Cerita P.Ramlee akan jadi begitu juga. Ada banyak lagi yang tersirat, banyak moral kalau diteliti setiap filem P.Ramlee.

Apa yang P.Ramlee karyakan memang terjadi dulu,sekarang dan masa akan datang juga. Beliau ada kemahiran mengutarakan isu-isu kronik dengan secara sinis dan tidak menghentam orang secara terus tapi secara berseni sekali.P.Ramlee sebenarnya mengajak orang Melayu berfikir, melihat cermin dan menilai diri sendiri. Tak ramai yang dapat melihat apa yang dilihat P.Ramlee menerusi karyanya. Bagi mereka yang faham, terasa tersindir. Tapi yang tak sedar diri, terbahak-bahak gelak, kemudian terdiam sekejap sebab tersedar yang dia gelakan diri sendiri ... . hahaha... .

Destinasi Bajet


Rabu hari tu..tertgk Destinasi Bajet Musim 2 ep 3..


Sebelum ni musim 1 dok tgk jgak..tp tak ikut sgt..


Tapi bila tgk mlm tu..mcm best plak..makin berkobar2 nk tgk lgi next week..


Dengan hos dia yg sempoi... Qusairi(Q)..bekas kumpulan OAG (kot)



Ep 3 tu dia p Tioman...dengan berbekalkan Rm300..selama 3 H 2 M ..

(bajet 300 hengget tu dikira setelah smapai di destinasi)


sampai2 jer...dia sewa chalet murah..2H1M..200 lebey (ok r tu)...semua kelengkapan asas ada..


pastu dia p memancing..RM35 sekepala..(mak ai..mahalnya nk p memancing)


dia pon mula la pasang umpan kt tali tangsi tu..nama apa xtau benda tu org pggl..


lama dok tunggu..tiba2 umpan dah mengena..


sekali angkat..mak datuk..besaqnya ikan..apa nama ntah ikan tu..'Garu'? takkan garupa kot..


Si Q tu pon x percaya dia dapat ikan tu..asik dok ckp 'Biar Betul..biar betul..' berulang2..


1st time mancing..dapat terus ikan..besau plak tu..excited dia..


kita yg tgk ni pon sama2 excited..


pastu dpt lg..Kerapu sekoq..tp ni besaq tapak tgn aku..ok la tu..


pastu ...sekoq lagi Kerapu..pergh..cmni aku tarik balik la..berbaloi jgk Rm35 tu..




mlm tu ikan2 tu dia bg kt chalet tmpt dia nginap tu..depa tlong masakkan


ikan 'Garu' tu dia bakaq...mencece ayaq liuq tgk dia bkaq ikan tu..


esok mlm plak..ada lg stok ikan tu..ikan kerapu dia wat masak 3 rasa ..satu lg masak steam..


hnya byr upah masak, ayaq (teh ais..suka sugguh dia teh ais ni), sayuq n telor dadar..



xtvt lain..dia p snorkeling..RM65..kt marine park ngn telok apa ntah..


BESTNYAA...berenang sambil dikelilingi ikan2..pastu trainers kt ctu..letakkan sekor atas tapak tgn dia(Q)..so cutee....nemo tu la..



hurm..isk2..bestla hg Q...leh jln2..cuti2..semestinya disponsor ...kita tukaq tempat , MAU..?

Rayuan Rindu

Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Munajat hamba padaMu
Mengharap kasih sayangMu

Carilah ilmu mengenal Allah
Tanamkan takut neraka Allah
Sampaikan harap surga Allah
Carilah keridhoan Allah

Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habibullah
Walau tak pernah bersua
Cintaku tetap membara

Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habibullah
Engkaulah buah hatiku
Engkaulah kekasih Allah

Alangkah indah pribadimu
Tidak tergambar mulia akhlaqmu
Engkaulah rasul pilihan Allah
Kaulah rahmat seluruh alam

My heart is loving You
My heart is just for You
Knowing You Allah
I will try to get close to You

Let us find the way to know God
Feel the torches of hell-fire
Think of pleasures of paradise
Find the way to get Allah's love

Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Bertemu Allah yang esa
Menjadi idaman kalbu

Apa Boleh Buat Pada Hari Lahir?

Petikan dari Blog UmarAlFateh


::Penghargaan kepada seorang Ibu ::


Kewajaran Meraikan Hari Lahir

Bagi saya, sesuatu tarikh itu kita boleh untuk mengenangnya untuk :
1. Membawa kebaikan pada diri
2.Menghargai pada seorang ibu yang melahirkan

Ramai orang, selalu melihat yang pertama, tetapi selalu terlepas pandang yang kedua.Kalau budak-budak kecil, mereka gembira dengan hadiah-hadiah, tetapi kita yang sudah bukan kecil lagi ni, masa ni lah untuk kita berikan hadiah atau penghargaan pada ibu kita. Kerana disebabkan ibu, kita dilahirkan.
Apa kata, mulai hari ini kita war-warkan pada sahabat-sahabat kita, walaupun benda ni ada yang dah buat, tapi masih tidak ramai.Kita hargai seorang ibu yang disebabkan dia kita ada di dunia ini.

Apa Yang Dicari Tahun ini (teruatama pada Hari Lahir) ?
Kita manusia, banyak yang kita cari tika di dunia ini. Yang paling penting , manusia cari , “Kebahagiaan di dunia mudah-mudahan cemerlang di akhirat.”
Bila kita kata begini, maka akan berbeza hidup kita.Kita akan rasa sendiri perbezaannya. Siapa di antara kita yang setiap hari memastikan diri kita bahagia?..Kebahagiaan kita kena cari.Kita kena pastikan yang hari ini kita bahagia, mudah-mudahan bila kita mati, kita dapat cemerlang di akhirat. Terutama ketika hari lahir kita, bila kita boleh buat yang ini, insyaallah, hari lahir kita akan berbeza.

Kenapa Perlu Diraikan?
Hari lahir ni, bila kita raikan, kita raikan dengan berfikir semula,sebagai salah satu titik perubahan.
Sebagai contoh :
Sebagai seorang suami, fikir semula sejauh mana isterinya bahagia di samping dirinya sebagai suaminya?Apakah sudah terlaksana semua tanggungjawab yang menceriakan isternya?
Sebagai Seorang ayah, berfikir semula, sejauh manakah didikannya terhadap anak-anak itu terkesan dijiwa anak-anaknya?Apakah anak-anaknya bahagia bersamanya dan bangga dirinya sebagai ayahnya?
Sebagai seorang anak,fikirkan semula, sejauh mana dirinya ada dalam hidup ibu ayahnya, selama itu redha mereka berada bersamanya?apakah mereka redha padanya?
Lebih-lebih lagi,

Sebagai muslim, jika sudah meningkat usia, maka pada hari lahir ini, boleh memikirkan sejauh mana diri sudah melangkah dalam mengajak manusia untuk buat baik?dan menegur salah silap dengan ayat-ayat yang manis?
Manusia perlu sebab untuk berubah. Maka jadikan hari lahir sebab untuk satu titik perubahan dengan memikir semula sejauh mana diri kita dengan dunia.
Kita disuruh menghisab diri, jka boleh setiap hari, tetapi apa kata ketika hari lahir kita, kita hisab semula diri kita. Kita hisab dengan lebih ketara , lebih mendalam.

Kenapa perlu kita hisab diri???…
Kerana dunia tidak sempurna tanpa anda. Dunia masih tidak cantik jika tiada anda. Tanpa kamu , dunia ini masih tak sempurna.
Maka di sini kita fikir semula. Jika dunia sudah cantik, sempurna tanpa kita,kita tak perlu dicipta oleh Tuhan. Why should you be cereated? why you?
Jadi, rugi kalau kita tak meraikan. Kita cek balik kekuatan-kekuatan kita, kebaikan-kebaikan yang ada pada kita, yang patut diperkemaskan. Dan kita cek balik mana-mana kelemahan yang patut kita sisihkan dari diri kita.
Jika ini kita dapat buat, maka hari lahir kita akan berbeza. How beautiful if we can do this.

Ada kata-kata dalam agama menyebut : Manusia yang cemerlang adalah hari ini dia lebih baik dari semalam.
Maksudnya : berubah setiap hari.
Kalau dari malas kepada rajin, dari culas kepada berhati-hati.Kalau dari bujang, kepada bertunang, dari bertunang, pada perkahwinan.Maka itu semua satu perubahan.
Bagaimana Mahu Meraikan?
Meraikan hari lahir ni, biarlah yang menaikkan perasaan kemanusiaan. Yang membuatkan manusia rasa dihargai.

Kita ambil contoh,
Seorang suami, jika kebetulan hari tu hari lahir isterinya, apa salahnya balik awal sikit dari pejabat, belikan buah tangan untuk isteri. Paling kurang sejambak bunga. Tunjuk bahawa kita menghargai nilai isteri kita pada diri kita. Isteri tak minta balasan dari suami, tapi kalau suaminya menghargai dirinya, itu akan membuatkannya lebih rasa bernilai dan dihargai sebagai seorang manusia.

Atau hari tu, bawa isteri keluar jalan-jalan, katakan padanya tak perlu memasak hari ini , makan diluar, masa keluar itu, bualkan semua kenangan-kenangan dan nostalgia2 indah. Insyaallah, bila benda ni kita boleh buat, rumah tangga akan bahagia.
Penghargaan dari seorang suami sangat berharga bagi seorang isteri.Walaupun sekecil kata-kata , ianya sangat memberi kesan pada jiwa seorang wanita.

Contoh untuk seorang isteri pula (bagi yang bekerja),
apa salahnya kesibukan pada hari kelahiran suami kita kurangkan. Ambil cuti separuh hari, balik rumah, perkemaskan diri, cuba masak masakan yang paling digemari suami.

Kalau mahu lebih nampak cantik lagi, beritahu majikan, dua tiga bulan awal yang tarikh sekian-sekian tidak boleh ada kerja yang teruk-teruk. Bila suami balik, sambut dia. Maniskan wajah, indahkan senyuman anda. Berikan dia kejutan selepas dia habis letih. Sama ada berbentuk hadiah atau kata-kata. Ramai yang merasakan ini benda kecil tetapi ianya kadang-kadang memberi impak yang besar pasa sebuah rumah tangga. Ada suami, yang akan kecil hati, hati terasa jika hari-hari istimewa baginya tidak disambut oleh orang yang paling istimewa dalam hatinya.

Jika bentuk-bentuk sebegini boleh dilakukan oleh seorang isteri yang bekerja, maka ia kadang-kadang sudah cukup memberi tahu kepada suami bahawa dalam kesibukan kita bekerja, suami masih sebagai nombor satu dalam hati. Betapa indah apabila sebuah rumahtangga disulami perasaan mawaddah (kasih sayang) dan rahmat antara suami dan isteri dengan sebab perkara kecil ini.
Doa
Akhir sekali, dalam meraikan hari lahir jangan lupa untuk kita berdoa kepada Allah agar mengekalkan diri kita dalam keadaan keimanan juga ketakwaan, serta menjadikan diri kita bermanfaat pada orang lain.
Doakan pada sebuah kebahagaian di dunia dan kecemerlangan di akhirat.

———————————————————————————–
Dari Penulis
*Anda bila membaca artikel ini, masukkan sekali dalam pertimbangan bahawa saya
hanyalah pelajar sains yang cuba sikit-sikit belajar agama. Sebarang salah silap
harap ditegur.Doakan kejayaan saya.
Volgina Street, Konkova,
117437,Moscow.

C 0 U N 7 ! N G D a Y $

Huh..2-3 menjak ni..makin xdak mood nk keja..xamik pot hal2 sekeliling kt opis ni..
hari2 berlalu di opis bagaikan meaningless..tmbh2 nk wat nota serahan tugas ni..cemuih sungguh...


disebabkan itu, tak consentrate wat documentation..so bowwrink..
yg tau..xsabaq sabtu ahad sbb nk rewang2,ronggeng2,relaks2..rapu2..
DAN
tak sabar nk balik penang...
tp..ok ke ek org2 kt sana..?? hermm..


Hairan Sungguh

Hairan Sungguh... ..
Dunia ini penuh dengan keajaiban dan kepelikan yang dijadikan Tuhan Yang Maha Esa supaya umat manusia dapat memikir dan merendah diri keatas kekuasaan Nya. Tetapi ada jugak keajaiban dan kepelikan yang dijadikan oleh umat manusia yang agak susah untuk diterima akal yang amat menghairankan kita semua. Ambillah kenyataan tersebut dibawah dengan hati terbuka dan renungilah sejenak sambil kita mencari jawapannya bersama. Pada yang berkenaan, janganlah ambil personal, cuma sebagai iktibar dan teguran yang membina.

Hairan sungguh... ... ... .

1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.

2. Walaupun kerajaan sudah berkali-kali menasihatkan pengguna jalanraya supaya berhati-hati ketika memandu, tetapi kes-kes kemalangan makin meningkat.

3. Bila kerjaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi maseh membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.

4. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.

5. Bilamana harga roti canai dinaikkan 10 sen sekeping ketika kerajaan menaikkan harga tepung 10sen sekilo.

6. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri.
7. Bilamasa sesuatu skandal didalam Jabatan kerajaan hanya diketahui setelah bertahun-tahun lamanya.

8. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.

9. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa. (Tak Setuju)

10. Bilamana mengenangkan ada orang yang boleh berjanji pada kita untuk hadhir pada sekian-sekian masa, dia akan menjelma sejam kemudian, setiap kali.

11. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa... .DALAM PROSES!

12. Bilamasa kita nak ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan integrasi, kita kena pakai passport, tetapi tidak bagi orang Sabah dan Sarawak pulak bila datang ke Semenanjung.

13. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama
mengatakan jangan membazir!

14. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik... tanpa faedah!. (Setuju)

15. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check -in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau
terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!

16. Bila setiap kali pasukan sukan negara kita tewas dalam sesuatu pertandingan, kita akan segera membuat "post-mortem" tanpa membuat "post-mortem" keatas pegawai yang membuat "post-mortem" tu sendiri, sebab dia tak pernah tahu punca kegagalan kita.

17. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak
tu... .mungkin takut kena rompak... tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?

18. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?

19. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer.

20. Bilamasa telah berkali-kali pegulas sukan kita telah ditegur caranya yang penuh sentimen bila mengulas sesuatu acara sukan, tapi makin menjadi-jadi pulak mengada-ngadanya.

21. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen
yang "secukupnya" bila berurusan dengan mereka.

22. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah dimerata-rata tempat dengan mudah mendapat lagi.

23. Bilamasa skuad hoki negara kita sangat berpuas hati hanya dengan peningkatan permainan mereka walaupun tewas sedangkan pasukan lain berkejar-kejaran dan bermati-matian untuk mendapatkan pingat.

24. Bila FAM kita berhempas pulas untuk menaikkan nama pasukan bolasepak negara dengan menukar-nukar pemain dan jurulatih sedangkan maseh mengekal pucuk pimpinan yang
lama.

25. Bila kita kenangkan bahawa kejadian UFO hanya berlaku di Amerika Syarikat dan negara-negara barat yang lain sahaja.

26. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku langsung.

26. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.

27. Apabila kita mempunyai modem yang terpantas dan membayar caj sambungan 2.5 sen seminit untuk internet, tetapi menunggu berjam-jam hanya untuk melihat gambar terbaru Siti Norhaliza keluar sikit demi sikit diskrin monitor.

28. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu kalah atau
menang, kesemua pelakon-pelakon tersebut dapat duit banyak.

29. Bila melihat sesetengah pemandu yang tak tahu untuk menggunakan lampu isyarat apabila hendak membelok.

30. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam longkang.

31. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat motorsikal penjual roti terbalik ditepi jalan.

32. Bila kita tengok orang boleh bercinta didalam internet walau sekali pun belum pernah berjumpa.

33. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan.

34. Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab "mamat@y... ".

35. Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga profesional boleh mendapat hingga RM10000 sebulan bermain bola macam budak sekolah sedangkan graduan
universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi menerima gaji permulaan hanya RM1250.00 sebulan.

36. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan maseh ditakuk lama.

37. Apabila Jabatan Hasil Dalam Negeri memberi jaminan bahawa semua potongan lebihan akan dikembalikan kepada pembayar cukai, tetapi bila pembayar cukai memohon pengembalian, tiada jawapan langsung diterima dan lebihan tersebut diakrukan kedalam tafsiran tahun berikutnya.

38. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.

39. Bilamana budak-budak zaman sekarang sampai tak makan dan tak minum dok "chatting" dalam internet sedangkan bila suruh baca buku, terus terlena.

40. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa taliannya.

41. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah "out-of-date" selepas sebulan dan kita pun maseh belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.

42. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa.

43. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai.

44. Bilamana kenaikan pangkat didalam Jabatan Kerajaan bermakna tanggungjawab bertambah 4 kali ganda dan gaji dinaikkan setakuk dari dulu.

45. Bilamana kita membayar RM1.20 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.

46. Bila kita membeli TV 29" tetapi hanya dapat menonton 20" sahaja bila selebihnya dilingkungi dek iklan.

47. Bilamasa orang-orang yang menganggap dirinya intelektual serta berpengetahuan IT meletakkan sedutan-sedutan biadab serta ayat-ayat lucah didalam "Guestbook" sesuatu laman web.

48. Bila orang boleh bermadu kaseh serta bersumpah setia hanya dengan berkenalan didalam "chat room".

49. Bilamasa teknologi internet sekarang membolehkan seseorang membeli sayur segar menggunakan e-commerce sedangkan laman yang menawar khidmat itu terletak di
California, USA.

50. Bilamasa laman web yang menawarkan perkhidmatan percuma tetapi meminta anda mengisi maklumat kad kredit anda.

51. Bilamasa kita demam dan ke klinik untuk berjumpa doktor, kita membayar RM30 hanya untuk sepeket pil panadol sambil diberitahu doktor yang kita ni demam.

52. Apabila kita kekedai komputer untuk mendapatkan maklumat sesuatu komponen, jurujual menjawab "sikit jam ah... saya mau tanya tauke".

53. Bilamasa syarikat bas mengenakan tambang yang pelik seperti RM1.75 sambil menyuruh kita menyediakan duit secukupnya sebab lebihan tidak akan dipulangkan, walaupun kita tahu kita jarang sekali menggunakan duit 5 sen.

55. Bilamasa melihat eksekutif-eksekutif maseh memakai kot dan tali leher semasa makan tengahari kat warong tepi jalan walaupun cuaca panas terik.

56. Bilamana penggemar-penggemar dan pemilik kereta bermegah dengan kereta mereka yang berkuasa besar walaupun sedar yang had laju jalanraya disini hanyalah 110km sejam.

57. Bilamasa kita melihat format pertandingan liga bolasepak negara ditukar setiap musim walaupun sedar yang tahap permainan tetap menurun.

58. Bilamasa F.A.M mencari punca terjadi pergaduhan didalam sesuatu perlawanan liga bolasepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama binatang.

59. Bilamasa pemilik kenderaan terpaksa membayar cukai jalan setiap tahun tetapi jalanraya hanya dibaiki lima tahun sekali.

60. Bilamasa artis sanggup menukarkan nama yang mak bapa berikan supaya lebih glamour.

61. Bilamana mengenangkan manusia suka bergaduh tetapi Allah melarangnya. (sumbangan Hassan Ismail)

62. Bila pembunuh terlepas dari hukuman dan yang tak bersalah dihukum (sumbangan Azhar)

63. Bila pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi sanggup berhenti untuk mengajak pemandu lain bergaduh ditepi jalan. (sumbangan Faizal A.R)

64. Bila seorang Pak Aji boleh memberikan komen terhadap kebesaran buah dada seseorang perempuan... ... ... .pelik sungguh bila melihat perempuan berjalan hanya matanya kat
situ aje... ... (sumbangan Fairuz)

65. Bilamanan berlaku banyak kemalangan jalanraya dijalan biasa semasa musim perayaan, laluan percuma dilebuhraya tidak diberikan pada musim-musim tersebut. (sumbangan
S.Kamalinda)

66. Bilamana setiap kali rancangan WWF disiarkan, lebih ramai orang perempuan yang menunggu untuk menontonnya, tetapi tidak pula pada orang lelaki yang sentiasa tertidur .
(sumbangan Suria)

67. Bilamana pelanggan di McDonald's membeli air "diet coke" sedangkan mereka juga membeli BigMac yang penuh lemak. (sumbangan Khatijah Baharuddin)

68. Apabila TV kita rosak satu atau dua hari selepas tempoh jaminannya tamat. (sumbangan Khatijah Baharuddin)

69. Bilamana pelanggan diherdik dan dimarahi apabila berurusan dengan Jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis
sekali. (sumbangan "inforkk")

70. Bilamana manusia lebih banyak suka menceritakan keburukan orang daripada kebaikan yang ada. (sumbangan Romdzi)

71. Bilamana orang-orang muda sekarang cepat beruban.
(sumbangan Romdzi)

72. Bilamana ramai orang lebih suka membaca majalah hiburan dari buku-buku ugama. (sumbangan Romdzi)

73. Semakin ramai mampu membeli kenderaan walaupun harganya makin meningkat. (sumbangan Romdzi)

74. Bilamana orang yang tak pandai kerja tapi pandai mengampu boss mendapat gaji yang lebih tetapi bagi orang yang pandai kerja tapi tak pandai mengampu boss, gaji maseh ditakuk lama. (sumbangan Adnan Ibrahim)

75. Bilamana lebih ramai orang, masa kerja ponteng kehulu kehilir tapi bila lepas waktu kerja baru sibuk nak buat overtime. (sumbangan Adnan Ibrahim)

76. Bilamana ada orang yang ilmu tak seberapa, pengetahuan cuma sejengkal, tapi maseh mampu nak berlagak sombong. (sumbangan Michael N. Ajang)

77. Bila lagu-lagu dulu yang kurang teknologi maseh sedap dan enak didengar berbanding lagu sekarang. (sumbangan Michael N.Ajang)

78. Bilamana ramai orang yang mengaku diri mereka sibuk sedangkan satu kerja pun tak pernah siap tepat pada masa. (sumbangan Nora)

79. Bilamana ramai yang memberi nasihat yang merosakkan dari nasihat yang baik. (sumbangan Nora)

80. Bilamana disetiap rumah murah terdapat kereta yang harganya lebih mahal (sumbangan Bazuweng)

81. Bilamana ditanya apa yang dibentang dalam belanjawan hari ini cuma bab bonus sahaja yang hanya diingati (sumbangan Bazuweng)

82. Bilamana seseorang suami mendapat sesuatu dari isteri hanya setelah siisteri mendapat sesuatu darinya terlebih dahulu. (sumbangan Hamzah)

84. bilamana banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, masih ada yang ke tempat kerja dengan pakaian yang seksi (banju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha. (sumbangan Sazali Samat)

85.bilamana bos bermain golf pada waktu pejabat (bekerja) tanpa cuti dikatakan entertaining tapi bila anak buat mentenet didalam pejabat dikatakan mencuri waktu kerja... .(sumbangan singgahsana)

Sumber:VirtualFriends

Ibu Oh Ibu

Ayuh marilah kita renungi dan semak diri kita.

"Ibu bersusah payah mengandungkan kita selama 9 Bulan 10 Hari."

"Ibu adalah orang yang bertanggungjawap melahirkan kita. Tanpa Ibu, tidaklah mungkin kita dapat melihat dunia ini."

"Ibu jugalah yang telah menyusukan kita sewaktu kita kecil bila kita lapar."

"Ibu juga yang menjaga, membelai kita sejak dalam kandungan hinggalah kita dewasa kini."

"Ibu adalah merupakan wanita pertama yang membentuk perwatakan diri kita."

"Ibu, Tidurnya tidak pernah lena kerana terlalu memikiran keselamatan kita."

"Ibu adalah pembimbing dalam pelbagai perkara."

"Ibu, Dalam apa jua keadaan, Ibu sanggup berkorban apa sahaja walaupun nyawa sebagai taruhan demi anak anaknya."

"Ibu adalah pelindung atau payung kedua dalam keluarga selepas Bapa."

"Ibu juga bertanggungjawap membesarkan kita selain Bapa."

"Ibu tunggal, Dia adalah Bapa kepada anak anaknya yang tersayang."

"Ibu sanggup tak makan asalkan anak anaknya tidak kelaparan."

"Ibu adalah contoh terdekat bagi anak perempuan, manakala bagi anak lelaki, ibu adalah wanita paling ideal dan wanita pertama yang hadir dalam hidup."

"Ibu, kasihnya sentiasa menyinari kehidupan walaupun dalam apa jua situasi. Ketika resah, sedih, gembira serta apa jua situasi, ibu tetap bersama kita dan bila menghadapi masallah, Ibulah menjadi tempat rujukan"

"Ibu merupakan orang kepercayan Bapa dan kerluarga dalam menjaga struktur kewangan keluarga."

"Ibu juga manjadi Pelindung bila kita dimarahi Bapa. Ibu tetap menyebelahi kita."

"Ibu adalah wanita yang bijak, tekun serta sabar dalam membahagikan masa antara urusan rumah tangga dan melayan suami serta kerenah anak anak."

"Ibu, sokongan, nasihat dan doanya sentiasa mengiringi perjalan hidup kita."

"Ibu tidak pernah kedekut untuk menyalurkan dan berkongsi pendapat dan panduan, dan Ibu juga tidak pernah jemu memberikan nasihat serta tunjuk ajar kepada kita."

"Ibu tidak pernah meminta balasan di atas segala pengorbanannya walaupun kini kita telah dewasa, namun kasih sayangnya tetap serupa."

"Ibu adalah wanita yang paling �Sportingdan memahami, biarpun ada kalanya dia langsung tidak bersetuju dengan cara, tindakan ataupun keputusan yang kita lakukan."

"Ibu adalah pengkritik utama yang tulus iklas, dari segi pakaian, peradaban dan cara pembawan kita seharian demi kebaikkan kita serta keluarga."

"Ibu menjadi sumber inspirasi, biarpun tidak mempunyi pendidikan yang tinggi namun Ibu tetap berusaha untuk mendidik anak anaknya supaya menjadi insan yang berjaya."

"Ibu sanggup memberikan segala yang dimilikinya demi untuk kebahagian dan kesejahteraan keluarga yang tersayang."

"Ibu, biarpun kita sering menyakiti dan melukai hatimu, namun Ibu tetap mendoakan kebaikan, keselamatan, kesejahteran, keampunan dan rahmat dari tuhan."

"Ibu, walaupun beribu batu jauhnya, namun kasih ibu tetap abadi tidak pernah luntur terhadap kita bahkan tetap bersemadi di hati."

"Ibu, dalam keluarga Ibulah ibarat seorang nakhoda kapal, yang menuntukan hala tuju, belayar dengan tenang atau disebaliknya."

"Ibu bersengkang mata siang, malam menjaga kita dan setiap dakapan Ibu itu membuatkan kita rasa selesa serta selamat."

Ibu, walaupun setiap saat orang lain akan meninggalkan kita, tetapi Ibu tetap sentiasa disisi walaupun kita melakukan kesalahan yang sukar untuk dimaafkan."

"Ibu adalah insan yang akan bersediah dan terguris hatinya jika kita tidak berjaya dalam hidup."
"Ibu adalah insan yang akan berdiri dihadapan untuk menjaga martabat serta kehormatan keluarganya dan tidak pernah gentar walaupun terpaksa menjadi korban."

"Ibu, kasih sayang mu tanpa sempadan dan telah termaktub dalam �Hadis, "Tempat Ibu Paling Teratas dan Syurga Itu Terletak Dibawah Telapak Kaki Ibu."

Amin..yarabal alamin...