..::.. S L i D 3 S H 0 W ..::..

Senyumlah Wahai Teman

Jika kita benar-benar menikmati kehidupan ini, kita berjaya meletakkan diri kita di tempat sepatutnya, kita aka merasakan bahawa hidup ini terlalu indah, jiwa akan tenteram , hati akan tenang, fikiran akan lapang. Sayangnya kita seakan selalu melihat bahawa kehidupan terlalu sukar, jiwa sentiasa tidak tenang, hati sentiasa gusar , fikiran selalu kusut. Mengapakah wahai teman kamu selalu begini?

Andai kita mengetahui dan sedar bahawa ujian Tuhan sentiasa berlaku ke atas kita kerana Dia perihatin kepada kita, pasti kita tidak akan terlalu merasakan ianya sebagai kesusahan, pasti kita kita melaluinya dengan penuh ketabahan.

Senyumlah wahai teman, ianya tanda ketabahan.

Senyumlah wahai teman, ianya tanda keimanan.

Senyumlah wahai teman, ianya sedekah paling mudah.

Ketika kamu melihat orang lain bersedih, apakah kamu juga mahu bersedih? Seorang mukmin (orang beriman) tidak akan menghiasi hidupnya dengan kemuraman, pasti akan terbit senyuman dari wajahnya hanya kerana ingin menghiburkan hati sesiapa yang melihatnya.

Ketika kamu merasakan bahawa kamu terlalu sukar menjalani kehidupan disebabkan masalah kewangan yang menimpa kamu, ingatlah , bahawa ada manusia yang mati disebabkan kelaparan, kamu masih punya makanan, masih punya keluarga, jika kamu sudah merasakan bahawa kesusahanmu itu tidak seberapa, pasti kamu akan tersenyum tanda bersyukur.

Tika kamu rasa, bahawa terlalu susah untuk mengikatkan tali pernikahan dengan orang yang kamu ingini, ingatlah, ada manusia yang sampai ke tua, tidak ketemu jodoh lagi, padahal kamu sudah punya calon , hanya perlu menyelesaikan masalah-masalah yang ada sahaja, pasti kamu akan tersenyum bersyukur kamu sudah punya calon , hanya kesabaran sahaja perlu sekarang.

Jika kamu rasa, kamu sudah terlalu sukar untuk menjalani kehidupan disebabkan kegagalan yang kamu lalui, ingatlah, bahawa kamu masih berada dalam instiusi pendidikan, masih punya peluang untuk terus belajar, sedangkan masih ramai lagi yang punya keinginan untuk terus belajar tetapi punyai masalah lain yang menyebabkan keinginan mereka tertutup, pasti kamu akan tersenyum bersyukur kamu masih di situ.

Wahai teman, usahlah terlalu gusar dengan kehidupan ini, Allah sentiasa melihat kamu, jika kamu merasa susah atau senang, Dia sedang menguji kamu, manusia yang diuji manusia yang terpilih. Kamu masih berada di dalam perhatian Allah, Dia sayang kamu, maka Dia menguji kamu. Senyumlah wahai teman, jangan bermuram, pedih rasa di hati melihat kamu bermuram.~UmarAlFateh Wordpress

0 comments: