..::.. S L i D 3 S H 0 W ..::..

Aset-aset yang Digunakan Syaitan untuk Menggangu Manusia

Mancung/Paruh Syaitan membuatkan manusia Lupa Sabda Muhammad Rasullullah"Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati anak Adam,maka jika manusia ingat kepada Allah,maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah,dipatuklah hatinya"(Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)

Syaitan menangis Sabda Muhammad Rasullullah "Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah,lalu ia sujud,nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap "Ah... Celakalah aku.Anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka ia mendapat syurga,tetapi aku disuruh sujud maka membangkang,maka aku mendapat neraka"(Hadis Riwayat Ahmad,Muslim,Ibnu Majah)

Syaitan kencing Dari Ibnu Masud dia berkata: Diceritakan(Allah)kepada Nabi Muhammad SAW tentang seseorang lelaki yang tidur hingga Subuh(waktu Fajar Pagi),sabda Baginda "Itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(As-Syaikhan)

Syaitan tertawa(ketawa) Nabi bersabda bermaksud"Apabila menguap salah seorang kamu dalam solat,maka hendaklah ia tutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan ia mengucap "Ahhh... ",kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan dan ia tertawa kerananya."(Hadis Riwayat Bukhari).

Syaitan mempunyai rambut dan janggut yang kusut "Dari Atha bin Yasr dia berkata:Telah datangnya lelaki kepada Rasullullah SAW dalam keadaan kusut rambut dan janggutnya,maka Rasullullah memberi isyarat kepada lelaki itu,seakan-akan disuruhnya membereskan(meluruskan) rambut dan janggutnya.Maka orang itu mengerjakannya,kemudian ia kembali.Maka Rasullullah SAW bersabda "Bukankah ini lebih baik darpada seseorang yang datang dengan kusut rambutnya seperti syaitan."(Hadis Riwayat Malik)

syaitan menyilangkan(mematah-matahkan) jari tangan: Nabi Muhammad Bersabda(memberitahu):Apabila salah seorang kamu berada di dalam masjid ,maka janganlah sesekali menyilangkan(mematah-matahkan)jari tangan,kerana menyilangkan jari-jari tangan itu dari syaitan.Dan seorang kamu tetap dalam pahala solat selama ia berada di dalam masjid(mosque) sehingga ia keluar darinya."(Hadis Riwayat Ahmad).

syaitan masuk dalam aliran darah manusia:Sabda Rasullullah SAW bermaksud "Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah.Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan)

syaitan takut orang yang solat berjemaah:Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud "Jika ada tiga orang di desa atau digunung yang tidak menunaikan solat berjamaah,nescaya mereka dikusai oleh syaitan.Oleh sebab itu,hendaklah kamu berjamaah kerana sesungguhnya serigala tidak akan memakan kambing melainkan yang terpisah sendiri dari rombongan"(Hadis Riwayat Abu Daud).

Hentakan kaki syaitan menyebabkan wanita istihadhah(mengeluarkan darah haid secara berlebihan walaupun dalam keadaan sihat).Dari Amnah binti Jahsy bahawa ia keluar darah banyak dan deras(mengalir-ngalir) dari kemaluannya(darah istihadhah),lalu ditutup dengan kapas masih juga keluar dan ditutup dengan kain masih juga keluar.Rasullullah bersabda "Sesungguhnya darah yang keluar deras itu adalah salah satu hentakan kaki dari hentakan-hentakan kaki syaitan."(Hadis Riwayat Ahmad,Abi Daud dan Tirmidzi)

nota:Kini bagi merawati masalah tersebut dari terus menerus yang boleh menyebabkan mudarat jika terus dibiarkan kaedah perawatan islam diperkenalkan dengan menggunakan bahan-bahan berteraskan alam semula jadi dan menggunakan ayat-ayat tertentu.Teknologi perubatan moden pun telah dapat merawati masalah itu itu dari terus berlaku.

syaitan menghadang di saf solat.Sabda Rasullullah "Apabila salah seorang kamu solat(sembahyang dengan memakai batas(Sutroh)(penghadang),lalu ada orang yang melintas dhadapannya(dalam kawasan solat,dibawah penghadang)maka hendaklah ia menghalanginya.Tetapi jika orang itu enggan(dalam keadaan curiga,melintasi dengan sengaja berulang kali)maka boleh orang itu diperangi(usir atau dibunuh),kerana dia itu tidak lain adalah syaitan".(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(As-Syaikhan)

Rasullullah SAW menangkap dan mencekik syaitan"Ketika Nabi SAW akan melakukan solat,lalu datang kepadanya syaitan hendak memutuskan solatnya.Maka Nabi Muhammad SAW menangkapnya(syaitan itu)lalu mencekiknya sehingga keluar air liurnya diatas tangannya(Nabi)."(Diceritakan oleh Ibnu Qoyyim)

syaitan kentut "Apabila diseru untuk melakukan solat(laungan azan),maka mundurlah syaitan sampai terkentut sehingga ia tidak mendengarkan azan,maka selesai azan ia kembali lagi.Dan apabila akan berdiri solat(laungan iqamah),ia mundur lagi dan apabila selesai iqamah,ia datang kembali"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan).

syaitan menyelit disaf solatyang renggang: Sabda Muhammad Rasullullah"Luruskan saf-safmu,rapatkan bahu-bahumu(dalam solat) dan berlaku lembutlah terhadap tangan-tangan saudaramu dan tutuplah tempat-tempat renggang kerana seungguhnya syaitan masuk(menyelitkan diri)pada celah-celahmu,bagaikan anak kambing yang menyelit di celah-celah induknya."(Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrany)

syaitan menghalangi khusyuk solat(menyempurnakan sembahyangnya). "Dari Aisyah berkata:Aku pernah bertanya kepada Rasullullah SAW tentang menengok dalam solat(melihat-lihat kemana-mana arah tanpa perlu)maka sabda Nabi Muhammad SAW"Itu adalah curian cepat yang dicuri syaitan dari hambaNya(Allah)"(Hadis Riwayat Bukhari,Ahmad,An-Nasai dan Abu Daud)(Hadis Sahih)

Sabda Rasullullah lagi yang bermaksud"Akan datang syaitan pada seseorang kamu dalam solatnya,lalu syaitan mengingatkan kepadanya,keperluan begini dan begitu.Maka janganlah ia menurutinya.Dan syaitan datang pula pada waktu tidurnya,maka syaitan memberikan berita mimpi buruk padanya,maka janganlah diikutinya(mempercayainya)".(Hadir Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

syaitan membuat mimpi buruk:Muhammad Rasullullah SAW bersada yang bermaksud"Apabila seseorang kamu bermimpi yang tidak disukai(mimpi buruk),maka hendaklan ia meludah kesebelah kiri tga kali dan hendaklah membaca:

A'uzubillah hi minasyaitan nir rajim maksudnya"Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam".

Dan hendaklah ia pindah dari lambungnya ketika hendak tidur yang ia sedang ada diatasnya".(Hadis Riwayat Muslim,Abu Daud,An-Nasai dan Ibnu Majah).

syaitan mencelak mata.syaitan akan mencelak mata para pendengar ceramah agama atau khutbah supaya para pendengar akan tertidur dan leka tidak menghayati apa-apa yang dikatakan oleh penceramah.

syaitan mengincu bibir.syaitan akan mengicu bibir para pendengar ceramah supaya dapat berbual-bual dengan temannya dan dapat mengeluar kata-kata kesat.

syaitan akan mengetuk para pendengar ceramah dengan tongkatnya agar dapat membuat bising dan tidak akan duduk diam,disamping membuat kacau dan kekalutan.

Banyak lagi propaganda yang telah dilakukan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia supaya tidak dapat manusia itu berpaut kembali kepada tali akidah dan ajaran Allah yang tulus dan benar.Manusia diingatkan agar behati-hati menjalani kehidupan ini agar tidak terpedaya dengan dakyah-dakyah syaitan.

Tujuan Allah menciptakan syaitan adalah untuk menguji tahap keimanan manusia itu kepada Allah.Sesiapa yang terpedaya dengan ajakan syaitan Allah akan membalas dengan azab sensara yang pedih di dunia dan di akhirat.Manakala orang yang berbuat baik dan berjaya menyekat kejahatan syaitan ,Allah akan membrikan penghargaan yang tidak erkira dan dibalas dengan Syurga dan kehidupan yang tetap berbahagia.

Allah tidak akan menguji manusia itu dengan berlebih-lebihan dari kemampuan orang itu sahaja.syaitan merupakan salah satu bencana kepada orang yang ingkar kerana mereka akan terus mengikuti syaitan selagi mereka tidak mendapat restu dan inayah dari Allah.

Dikatakan juga orang yang dirasuki syaitan atau jin jahat sebenarnya adalah orang yang mempunyai kelemahan dalam iman disamping jiwa raganya yang kosong dan lemah rohani, zahir dan batinnya.syaitan mudah untuk mendekati orang yang mempunyai sifat demikian dan menjadi penempatan(perumah) bagi syaitan.Pengubatan Islam sahaja yang mampu menghalau perkara tersebut dari terus membahayakan manusia.

syaitan yang cuba untuk mendengar rahsia Kerajaan Allah di langit.Allah akan melontarkan api-api dilangit(asteroid,meteor atau meteorid)kepada syaitan.Dlam kejadian itu,dengan izin Allah ada juga syaitan yang berjaya mendapatkan maklumat atau rahsia dari Kerajaan Allah di langit.Demikian dari situ lah munculnya golongan sihir(golongan manusia yang suka mengamalkan ilmu mistik atau ilmu hitam yang sudah diduga banyak melakukan penyimpangan akidah dan kepercayaan kolot) yang cuba menjadikan syaitan sebagai rakan dan akhirnya mudah untuk golongn sihir membuat penipuan dan kejahatan didalam bumi ini.

syaitan akan dimatikan oleh malaikat maut @ Azrael Angel @ Malaikat Izrail atas arahan Allah,pada akhir zaman nanti setelah Allah membinasakan segala-galanya yang berada di alam buana dan semesta ini.syaitan akan dihidupkan kembali untuk menerima janji Allah sebagai bahan bakar dalam neraka.Pada waktu itu peneman syaitan yang turut binasa adalah manusia dan jin yang ingkar dengan perintah Tuhan serta batu-batuan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Katakanlah(Wahai Muhammad)"Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.Yang Menguasai sekalian manusia,Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik,penghasut yang timbul tenggelam,yang melemparkan hasutannya ke dalam hati manusia,(iaitu pembisik dan penghasut)dari kalangan jin dan manusia."

(Surah An-Nas:ayat 1-6)Al-Quran

Checklist

To Do
================
Paintball a
Rock Climbing a
Ais Scating
Futsal a
Cuti2 to Island
Cuti2 2 Bandung

I May Never See Tomorrow



I may never see tomorrow
There's no written guarantee
And things that happened yesterday
Belong to history.


I cannot predict the future
I cannot change the past
I have just the present moment
I must treat it as my last.


I must use the moment wisely
For it soon will pass away
And be lost to me forever
As part of yesterday.


I must excercise compassion
Help the fallen to their feet
Be a friend unto the friendless
Make an emply life complete.


The unkind things I do today
May never be undone.
Any friendships that I fail to win
May nevermore be won.


I may not have another chance
On bended knee to pray,
And I thank God with humble heart
For giving me this day

Kenangan Di Sarawak..

Huhuhuh..terasa plak nk wat coretan sedikit sbyk selama 10 hari di Sarawak.
Kt sana, tggl kt UNIMAS..best jgk dok hostel dia..selesa..
tp lecehnya bilik tv jauh..nk menapak tu kdg2 membantutkan niat nk melayan tv.last2 lepak kt bilik..tidoooqqq..
dok sna tu ja la dok buat..x tidoq..p makan..
sllu mlm tu lps training/tgk futsal..mesti singgah p makan kt WARONG 2000..mmg ctu port la kalau mkn kt luaq..
mknn kt ctu xbest la..1st time oder tomyam & telur dadar, cm nk menangis bila rasa tomyam dia..last2 mkn nasi+telur ja..
kalau xmkn kt ctu, mkn kt gazebo dlm unimas..ctu ada karaoke..mknn dia bleh la..smbil layan c mila nyanyi..1st time xsangka, sedap ropanya sora mkcik ni..
apa lg..bykla permintaan nk berduet..tp disebabkan pesanan coach..kenalah balik sblm 11 mlm..esok tu nk game dh..

1st game
----------
Lawan ngn Unimas..coach letakkan target utk menang..sbb katanya kami mampu kalahkan depa..tp bila stat game xsampai bbrp menet, unimas masuk 1 gol..takpa baru 1 gol..
xlama lps tu..1 gol lagi..apa lg..mula la team UiTM kelam kabut,abis sora aku dok jerit..masa kedua, coach suruh aku masuk..smgt nk pecahkan teluq..tp malangnya saingan pon xkurang hebat..aku ni stamina kureng skit..aku minta kluaq..mmg semput..
lain rasanya main frenly ngn tournament btul2..tmbh2 dgq penyokong2 unimas yg tegar kt luar tuh..agak goyah jgk smgt..gol kami plak byk kali bolos..mmg sayng sungguh..
last2 kami akur dgn 2-0..mmg frust gila laa..rasa mcm hancuss harapan..berderai..
tp kuatkan smgt..xpa,esok masih ada.ngn UNIMAP..(w/pun UNIMAP tu merupakan lawan yg tegar-UNIMAS tewas ngn 14-0), tmbh2an lg dpa ada 3 bekas pemain malaysia ..2 striker n 2 goalkeeper..masing2 cuba bg smgt antara satu sama lain..

2nd Game
--------
Malam tu mmg takleh tidoq..asik terbyg2 strategi dan plan utk berdepan UNIMAP..
Bila game dh nk stat, debaran makin terasa..kali ni penyokong kami kurang..mgkin depa tau kmi xleh menang ngn UNIMAP, depa pon malas..cuma sstgh yg setia ja ttp dtg memberi sokongan..kali ni keeper kami org lain ..norazila (keeper hoki(w) malaysia)..
dan permainan pon nmpk teratur..sbb apa..??sbb dlm hati masing2 cuma nk enjoy, no pressure..spt smlm..byk jgk gol yg bolos..tp tiada siapa boleh tandingi UNIMAP la..akhirnya kami tewas 9-2..(okla tu..UKM yg masuk final ngn UNIMAP pon kalah 8-2)

Kesimpulan yg aku dpt buat, mgkin team aku bercampur ngn org2 baru dan org2 lama..n masing tak serasi n xphm ahli2 team yg lain..so xdak kerjasama dan kesefahaman..itulah yg jd mcm tu)..takpa, taun depan cuba lagi..insyaAllah..UiTM x support kalu tmbg, kita p sendiri naik bas..(kt ganu jer)

HAri AHad tu nk p Pasar Serikin, mlm tu driver kta 6 pg..tp kak mira(urusetia kta 6.30 pagi..)so kita ikut ckp urusetia..tp tersilap jgk,terlajak smpai kol 6 lebey bgn..tp smpt siap la..kol 6.30 dah turun..tgk2 bas dah jalan...
kol kak nab (awat tak tunggu, kan dh ckp on da way..ktanya bas dh tunggu dr kol 6..
ala apasalahnya tunggu lg seminit dua,lgpun ramai lg yg xnaik ni,semua dpt info kol 6.30..).mmg geram r n merajuk ..nk p jgk mcm mana pon.
last choice, kol as tnya dia leh dk dia antaq..sib baik as pon mmg plan ngn geng unimap (tika n aya) nk p serikin jgk.stlh kautim ngn kak as,zura..kami pon p dua keta..aku n huda n ila kechiq naik ngn kak as..as plak naik ngn tika n aya..
lps p serikin, depa bawak p satok, beli ikan terubuk masin..(aku xbeli sbb mak aku xsuka)..pastu p kuching plak, jln2 kt waterfront, cross da river smpai la mlm..
(tq da very much for u both as n sista for ur hospitality towards us,ur da best)

then,tibalah hari nk balik..
dah siap semua patut..smpai kt epot..dok lepak2 la..pastu nk check-in..tu dia..pjgnya line..kaunter checkin pon kelam kabut..beg2 masing2 semua pakat takut overload more than 15 kg.beg elly dh dua..smua pakat risau kena byq..siah yg naik 1st flight kena RM100 (mak datuk...!!)..last2 decide wat grouping..selit pnya selit,akhirnya smpai turn kami..mula2 timbang beg elly dlu..1 beg 12 n 1 beg lg pon less than 15..beg2 yg seterusnya pon less than 15 kg.tggl lg 2 beg(beg aku n mila)..tiba2 org kaunter ckp dah terlebey 26 kg..kena byaq RM390..mmg terkedu...coach aku mmg bengang la..cmna ni..kalau ikutkan kami 9 org..takkan over load nya melainkan elly sorg..ni sbb org sblm ni la..tolak beban kt kami..mau xmau kena la bayq...lg bbrp menet lg ni flight nk berlepas..kmi kt kaunter lg..dah byq apa semua,aku ngn beg tarik aku yg berat tu, mila pnya beg, dan beg2 yg nak bwak naik atas flight (kwn2 lain la)..semua pakat rush nk bg pintu masuk..lps bg ic barang semua..pakat lari ke gate 7,8,9 ...dh dkt separuh jalan...sekali silap gate daaa..patah la balik..dgn beg yg sarat tu pakai lari patah balik ke gate 3..staf2 yg kt kaunter ssemua pakat tgk..(isk,pk2 balik..mmg lawak sungguh.kalau ada org amik video la..^^)... akhirnya, kami boarding...semua pakat tgk kami yg nyawa2 ikan,abis nafas dh lari..sib baik plane tu dkt ngn pintu masuk..rupanya2 ada lg yg xnaik..sbb sangkut kt kaunter lg...igtkan kami yg last..(dlu masuk nk p pon,kami gak yg last..heheheh) bila claim kt puak2 yg kt depan kami tu..xngaku plak.kunun barang depa xoverload..)pala toqok hgpa xoverload..naik flight melenggang ja..sekali ambik beg..tgk semua besaq2..bukan sbiji..ada yg dkt 3 biji.tu xngaku gak..buat muka toya plak tu.. coach kta..herm..nnt minta yg ahli2 team yg len..huh, xdaknya..depa pon wat senyap..yg aku xpueh ati..beg aku xmasuk kargo pon..tp aku gak yg kena byq..dh la penat dok menarik..kalau isi minyak lps seminggu tu..last2 , biarlah, halal je la..mayb bukan rezki aku kot.. itulah sedikit sbyk coretan kenangan dan pengalaman aku di sana..kalau nk cerita detail, pjg lgi kot..so,aku brief kan..
nk tgk gmbq2 len, tgk la fotopages aku..
sekian

SEMUT GILA..!

Seorang fasilitator memberi arahan,
"Semua peserta di minta buat bulatan... baik, ditangan ana ada 20 biji gula-gula bersamaan dengan jumlah antum semua.. antum akan dapat sorang satu.. gula-gula ni, ana letakkan kedalam plastik.. and then ana masukkan dalam kotak tisu nih... kotak ni pulak ana letakkan di atas kerusi plastik ni...
... baik, di tangan kanan ana pula ada satu wisel... yang mana bila saja ana tiup wisel nie... ana nak setiap daripada antum memiliki sorang sebijik gula-gula.. jangan risau.. gula-gula ni cukup untuk semua" ketua fasilitator memberikan arahan kepada para peserta.
ok bersedia?
BERSEDIA!!!.. Jerit peserta kegairahan..
Prittttt!!! wisel dibunyikan...
maka berkerumun peserta berlari mendapatkan gula-gula... ada yang meniarap... ada yang memanjat... tolak menolak... tak ubah seperti semut gila terjumpa gula...
Prittttt!!! dengungan wisel sekali lagi bergema... para peserta yang berada didalam keadaan tak terurus kembali ke dalam bulatan... ada yang terhencut-hencut,... ada yang mengaduh kesakitan... yang yang melonjak kegirangan kerana mendapat lebih daripada sebiji gula-gula.. ada yang bersedih kerana tidak dapat gula-gula...
keadaan dewan terbuka itu sedikit kelam-kabut... kotak dan plastik yang diletakkan gula-gula berkecai... dan bertaburan di sana-sini... kerusi yang digunakan untuk meletakkan kotak gula2 tersebut patah kaki kerusinya...
Baik... semua dapat gula-gula?
Dapat!!! jerit peserta yang berjaya memiliki gula-gula...
Takk!!! jerit peserta yang gagal memiliki gula-gula..
Aik? macam mana boleh tak dapat?? sedangkan gula-gula ni cukup untuk setiap peserta?... ni mesti ada yang tak ikut arahan... ambil lebih daripada satu nih... cepat pulangkan!! bebel ketua fasilitator
Baik... ana nak tanya.. apa arahan ana mula-mula tadi?
Ambil gula-gula! jerit peserta kegirangan...
OOoo... baik.. nak tanya... ada tak ana suruh antum berebut-rebut macam budak kecik?
errr.. takk jawab peserta dalam keadaan serba salah
Kan ana dah kata.. bila ana tiup wisel.. setiap orang mesti memiliki gula-gula... tak boleh ker kalau lantik ketua di antara antum kemudian beri sorang satu... atau.. antum semua beratur.. then ambil mengikut giliran?? tak boleh kerrr?? suara ketua fasilitator sedikit meninggi..
peserta semua diam sambil menundukkan kepala..
nih tengok nih... plastik hancur... kotak hancur... kaki kerusi nak patah... hish!!! ada ana suruh antum buat semua nih??? ha??
semua perserta terdiam.. sedikit tanda kesal di wajah.. takk
ana nak tanya... berapa harga gula-gula sebijik haa??
10 sen..
baik berapa harga kerusi? kotak dan plastik nih?... lebih dari 10 sen atau kurang dari 10 sen?
Lebih..
dah tu?? antum semua rosakkan benda-benda ni yang bernilai kerana gula-gula 10 sen nih??
peserta semua terdiam...
inilah realiti hidup antum!.. antum sanggup rosakkan perkara-perkara yang berharga dalam hidup antum semata-mata keseronokkan yang tak bernilai!.. cuba antum semua bayangkan.. gula-gula ni adalah kenikmatan sementara di dunia nih... plastik yang menjadi karung membungkus gula-gula ni pulak.. adalah amalan antum di dunia..... kotak ni pulak... agama antum.. dan kerusi ni pulak adalah ganjaran syurga yang menanti antum... tengok apa dah jadi??
para peserta memandang sayu kearah kotak dan plastik yang hancur... kerusi yang telah patah kakinya.. dalam keadaan tunggang langgang...
kerana kenikmatan di dunia sementara... antum telah hancurkan amalan soleh... antum menghancurkan agama... dan kerana keseronokkan juga antum hancurkan ganjaran syurga yang menanti antum... suara fasilitator agak meninggi..
peserta tertunduk sayu... air mata mula mengalir dipipi...
tuh, tengok sahabat-sahabat antum.. bukan setakat tak dapat gula-gula... siap kena pijak.. ada yang sampai lemas kena tindan... apa jenis manusia antum semua ni hah? kerana gula-gula sebijik sanggup cederakan sahabat baik sendiri..
air mata semakin deras mengalir di pipi..
ketua fasilitator menganggkat cebisan kotak yang digunakan untuk meletakkan gula-gula tadi..
Nih tengok... baca! apa yang tertulis..?? ketua fasilitator menunjukkan cebisan kotak yang tertulis "BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN"
Ha! kalau yang antum rebutkan tu gula-gula biasa xper lah... ni gula-gula beracun! his.. apa nak jadi dengan atum semua nih... ok dah.. sapa yang tak dapat tadi... pembantu fasi.. tolong bagi kat mereka yang tak dapat tuh.. sorang satu...
ok baik... sekarang.. ana nak antum pilih pasangan masing-masing...
dah.. jawab peserta sambil memilih pasangan masing-masing
ok baik.., sekarang ana nak.. antum buka pembalut gula-gula tuh... and then.. sambil merenung mata pasangan masing-masing... suapkan gula-gula tu kepada pasangan masing-masing.. sambil ucap... "ana uhibbuka jaidd jiddan"
maka sekali lagi tewan tu menjadi gamat dengan hilai tawa peserta.. sambil menyuapkan gula-gula kepada pasangan masing-masing...
"Ok dah suap?"
"Dah..." jawab peserta kegirangan
Baik.. antum lupa ka?? kan ana dah tunjuk kotak tadi ada tulisan BAHAYA, GULA-GULA INI BERACUN, yang pi suap kawan jugak tu pasai apa?
er.. dah ustaz suruh?
aik? kalau ana suruh suap racun kat kawan pon ikut jugak? antum xleh nak pikir ker.. yang mana boleh ikut, yang mana xpatut ikut?
hum... kedengaran para peserta mengeluh.. kerana tersilap langkah..
"isk.. yang anta suap kat ana sapa suruh? ana makan la.."
"yang anta pi makan tu sapa suruh.."
" dah anta suap.."
dah.. dah... xpayah nak salahkan sapa-sapa... baiklah... peluk rakan dihadapan atum dan ucapkan "jazakallah"
maka berpelukkan para peserta bersama pasangan masing-masing...
dah peluk...? soal ketua fasilitator
dah. jawab peserta dengan ringkas.
aih?... antum semua nih masih tak sedar lagi gamaknya... kan sahabat anta tadi suap gula-gula beracun? sahabat anta tuh nak bunuh anta.. anta boleh ucapkan terima kasih... siap peluk lagi? Soal ketua fasilitator
alamak! terkena lagi... isk.. keluh peserta..
"ni lah realiti antum sebagai manusia di bumi Allah nih.. walaupun kekadang sahabat yang tak boleh pakai... ajak anta buat maksiat.. ajak ke jalan kemungkaran... anta tak reti nak tolak.. atau mempunyai satu pendirian.. tu yang ramai yang terjebak.. dah tu kekadang.. menghargai kawan yang merosakkan anda tuh lebih dari mak ayah sendiri.. dah tau.. dia rosakkan akhlak antum dengan mengajak antum buat bende tak senonoh... tapi, antum masih anggap dia kawan sejati.. kononnya yang paling memahami lah.. sporting la.. understanding lah... isk isk isk... dah la duduk lah..."
"err... para peserta masih berdiri"
"tak pe lah..
lah... ana kata duduk.. duduk la.."
"tak per lah ustaz... kami nak berdiri jerk.."
"pulak dah... suruh duduk xmau.. ikut antum lah.. kalau nak berdiri.. ok.. kita teruskan dengan LDK 2, yang nak duduk.. sila duduk.. tak mau duduk... jangan duduk.."

3 orang peserta duduk di atas kerusi yang di sediakan manakala yang selebihnya.. berdiri...
"erm.. yang duduk tu sure ke ana suruh duduk..?" soal ketua fasilitator
"er... terus bingkas 3 orang peserta tadi berdiri"
"aik? ana tanya jerk.. yang berdiri sapa suruh?"
"tak perlah.. kami berdiri macam kawan-kawan yang lain lah.."
"oh pulak.. ikut antumlah... ni lah masalah.. baru kena 2-3 kali dah berputus asa... takut nak terima cabaran.. baru ujian datang 2-3 kali dah give up... baru dua 3 kali Allah uji... dah putus asa dengan Allah.. dah mula mempersoalkan Qada' dan Qadar..."
"alamak.. kena lagi..." para peserta mengeluh kerana salah memilih...
ketua fasilitator.. tersenyum dengan telatah para peserta.. dan meminta para peserta duduk bagi meneruskan acara seterusnya..