..::.. S L i D 3 S H 0 W ..::..

Countdown to the day

Lagi sebulan lebih lagi,..tapi aku masih steady lg pasal [persiapan...padahal kad tak edar lagi..cenderahati xbeli lagi..persiapan utk hantaran pun tak buat apa lgi..tapi aku rasa aku mcm relaks saja..aku harap aku tau apa yg aku buat..jgn jadi kelam kabut sudah nnt di saat-saat akhir..


Daisypath Wedding tickers

Tapi yang aku risaukan di saat aku bergelar isteri nnt..dapatkah aku menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang solehah dan mithali terhadap suami aku nnt..?

Aku cuma harap, kami sama-sama LEBIH saling bertolak ansur dgn lebih baik lagi, bantu-membantu antara satu sama lain...dapat kurangkan perasaan negatif masing-masing yang ada sebelum berkahwin ..

Ku membayangkan kami akan sama-sama berjemaah...selesai solat, ku cium tangan suamiku..sungguh syahdu di saat itu.. Macam nak decorate rumah..hujung minggu shopping barang2 rumah..
Di hari minggu, kami sama-sama saling membantu membersihkan rumah..aku menyapu, dia memop.. aku menjemur kain, dia tolong angkat., masak sama2..sebelum tidur..masing-masing saling meminta maaf antara satu sama lain..

Aku harap kepada suamiku nanti, bantulah isterimu ini dalam menguruskan rumahtangga kita nanti..sokonglah diriku ini..kita sama-sama menjaga keharmonian dan kesejahteraan serta kebahgiaan rumahtangga kita..

Ya Allah..Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinan kami dan lancarkanlah perjalanan keseluruhannya.
 Berkatilah perkahwinan kami ini dan Kurniakanlah kebahagiaan kepada rumahtangga kami nanti selama2nya..
Amiiiiinnnn Ya Rabbal'alamin..

Dia Maha Mengetahui

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................


Kadang² kita terasa amat berat perjalanan hidup yng diberi....tetapi sebenarnya itu lah yng terbaik untuk kita....Thank You..ALLAH...

HANTARAN AL-QURAN

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad




Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

A Beautiful Hadith

Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:


'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.

Untitled~~

~* Satu puisi dalam novel RANGGAU, karya RAM

Biarpun kita bertuan, kita tetap bertuhan.
Biarpun kita mereka-reka, kita tetap ciptaan.
Apalah kita menjadi tuan, sedangkan kita tetap hamba.
Apalah guna kita mengangkat kepala, sedangkan sujud tetap tempat-Nya.
Lihatlah kedalam diri, peperangan ada di sana.
Tempat kita di mana? Kalau bukan di situ.
Gelap dan sempit, dan fitnahnya teramat dahsyat.
Perjalanan yang jauh terasa perit.
Berliku-liku dengan wajah yang legam.
Siapakah yang mampu menolong?
Kalau bukan kamu yang berasa kerdil.
Lalu memencilkan jiwa dalam pandangan-Nya.
Lalu sujud mewalangkan diri.
Lalu pulang ke pangkuan-Nya.
Kerdillah diri apabila kita pulang ke sana.
Bergelumang tanah di atasnya subur bunga-bunga.
Wahai ALLAH, terimalah kepulanganku hamba Mu.

**Renung2kan...















Sperma...????!!!Baca dlu...

Hari tu terbaca satu majalah kt umah sepupu..majalah ANIS..
Belek pnya belek..terbaca kisah MURALI ABDULLAH. Dulu dia dikenali sbg S.MURALI..
dia adalah pengarah drama IHSAN..yang pernah ditayangkan di TV3 suatu ketika dlu..

tertarik dengan petikan kata-kata murali dalam artikel tu ...


"Umat Islam adalah umat paling kuat dan terbaik di dunia tapi malangnya kita tidak buat terbaik. Nabi Muhammad pun ketika berperang merancang dengan berbagai strategi termasuk membuat kubu. Bayangkan kaum Quraisy sepuluh kali ganda ramainya...Nabi gunakan fikiran baginda dan dia perang bersungguh-sungguh dan akhirnya Allah membantu baginda dengan turunnya para malaikat.

Daripada pengalaman, saya lihat ramai orang tidak bersyukur dengan kehidupan mereka sendiri. Saya pernah buat dokumentari mengenai persenyawaan manusia. Bayangkan sperma berjumlah 5 juta itu apabilamasuk ke dalam rahim, separuh daripadanya mati dibunuh cecair daripada ibu. 1 juta lagi berperang berlawan antara satu sama lain untuk memasuki telur@ovum. Jadi manusia paling kuat dan paling dahsyat itu adalah kita kerana kita telah berlawan dengan beberapa juta. Tapi apabila lahir sebagai manusia, kita jadi lemah dan mudah mengalah. Kejadian sperma ini satu keajaiban Allah malangnya kita tidak nampak kejadian alam untuk kita berfikir. Allah mencipta manusia semua sama tetapi kitalah yang menentukan. Tetapi kenapa kita masih berputus asa dengan hidup..??? "


So..lu fikirlah sendiri

-Pengetahuan Am-

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk.

Solat Akhir Waktu

SOLAT AKHIR WAKTU!

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea ....
Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya. Tapi Jika bersembahyang Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya?..

Setiap kita ada malaikat
Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi
Untuk sampaikan amalan kita
Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
Dimana setiap penjaga tol,
Kroni malaikat juga

Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya "free"
Sekatan tol tiada
Tiada "jem"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk
dinilaikan

Tapi
Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
Tapi sekatannya
MasyaAllah?.
Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan

Tetapi? penjaga langit pertama
Tidak heran
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi

Maka..
Jatuh berderai?
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua

Dilangit kedua,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan

Dilangit ketiga,
La?. Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai?.

Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi


Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-olah kita tak sembahyang juga

Maka?
Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,
Ujian bertimpa-timpa

Ish?.

Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu
Tak de nilai
Kena azab lagi nanti

Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai !
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.

Amin.

"Tak Perlu Secantik Balqis kalau diri tak seindah Sulaiman,
buat apa diharap kasih setulus Zulaika kalau diri tak setampan Yusuf,
jangan dicari sekuat Siti Hajar dan Siti Sarah, kalau diri tak seteguh Ibrahim,
mengapa mahukan seistimewa Siti Khatijah kalau diri tak sesempurna Rasullulah."

Wallahu'alam

GImme ur Answers

Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.
Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.
Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.

Ada 5 perkara berlaku serentak.
1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...

Geng :Upin & Ipin







Terbukti, tanpa menggunakan suara pelakon top di Malaysia macam animasi Putih dan Silat Legenda pun animasi Geng ini tetap menggegarkan panggung. Ini bermakna kalau skripnya bagus dan dialognya pun lucu, orang akan terhibur kerana watak-watak kartun itu telah disuntik 'jiwa' macam lakonan manusia.

petikan dari murai.com
Sungguh membanggakan kerana selepas 5 hari tayangan, filem ini dah kaut RM2 juta! Jadi tidak mustahillah kalau semua peminat filem memberikan sokongan filem ini boleh mencecah sasaran tinggi yang diharapkan iaitu, RM10 juta. Harap-haraplah kan.

Bagi Murai Batu, filem ini seronok ditonton sebab animasinya cantik dan mengagumkan. Walaupun ia tidaklah sehebat produski Hollywood iaitu Pixar Studio atau Dreamworks, namun dengan bajet RM5 juta itu, filem ini sudah nampak berkualiti dari segi visual dan kesan bunyinya.

Malah Murai Batu pernah tengok ada filem animasi Barat dan Asia yang membosankan. Jadi Murai Batu sarankan, filem kartun Geng ini sebenarnya boleh juga dialihbahasakan ke Bahasa Thai, Indonesia, Tagalog mahupun Tamil sebab kita berkongsi beberapa budaya yang sama.

Yang geramnya, ada seorang kawan Murai Batu bersikap sinikal untuk menonton filem ini apabila diajak ke panggung hujung minggu lalu. Liat sungguh dia nak beratur membeli tiket tapi apabila sampai saja di kaunter, dia terkejut kerana semua show hampir sold out pada hari itu. Mujurlah sempat juga dapat saki baki tempat duduk.

Kemudian apabila tayangan berlangsung, kawan Murai Batu itulah yang paling kuat gelak sampai tepuk tangan! Haa, siapa nak jawab? Keluar saja panggung, dia terus mengucapkan terima kasih kepada Murai Batu kerana berjaya menyakinkan dia untuk menonton filem itu. Hmm...
SETUJU dan pada pandangan aku..sepanjang menonton Geng ni..memang perasaan kagum terasa di hati..grafik 3D nya mmg awesome..superb..amazing..fantastico..mmg detail sungguh kerja² depa.gua salute la sama lu org budak² muda kt les copaque tu..mmg hgpa da very teribbly amazingly sungguh² berbakat..karektor-karektor dan skripnya mmg sempoi habis..paling aku suka dialog dari rajoo..
"Kawan²..fikirkan masa depan.."
ckp byk pon xguna..p tgk sendiri la baru tau..apapun dr 10 bintang di langit..aku bg 15 bintang.hehehe


Love Story

Helluu... Let's read about this amazing Love Story...

He met her at a party. She was so outstanding, many guys chasing after her, while he so normal, nobody paid attention to him. At the end of the party, he invited her to have coffee with him, she was surprised, but due to being polite, she promised.

They sat at a nice coffee shop, he was too nervous to say anything, she felt uncomfortable, she thought, please; let me go home.... suddenly he asked the waiter. "Would you please give me some salt? I'd like to put it in my coffee." Everybody stared at him, so strange! His face turned red, but still, he put the salt in his coffee and drank it.

She asked him curiously; why he had this hobby? He replied: "when I was a little boy, I was living near the sea, I liked playing in the sea, and I could feel the taste of the sea, just like the taste of the salty coffee. Now every time I have the salty coffee, I always think of my childhood, think of my hometown, I miss my hometown so much I miss my parents who are still living there". While saying that tears filled his eyes. She was deeply touched.

That was his true feelings, from the bottom of his heart. A man who can express his homesickness must be a man who loves his home, cares about home, and has responsibility for his home. Then she too started to speak, spoke about her faraway hometown, her childhood, her family. That was a really nice talk, a beautiful beginning of their story.

They continued to date. She found out that he actually was the man who met all her demands; he had tolerance, was kind hearted, warm, careful. He was such a good person but she almost missed him! Thanks to his salty coffee! Then the story was just like every beautiful love story, the princess married to the prince, and then they lived a happy life...

And, every time she made coffee for him, she put some salt in the coffee, as she knew that’s the way he liked it.

After 40 years, he passed away, left her a letter which said: "My dearest please forgives me, forgive the lie of my life. This was the only lie I ever said to you---the salty coffee. Remember the first time we dated? I was so nervous that time, I actually wanted some sugar, but I said salt instead. It was too embarrassing for me to take back so I just went ahead I never thought that could be the start of our communication! I tried to tell you the truth many times but I was too afraid to do so as I had promised never to lie to you about anything...Now I'm dying, I'm afraid of nothing so I am telling you the truth: I don't like salty coffee, what a strange bad taste.. I have had to take the salty coffee for my whole life with you and never had to feel sorry for it because I did it for you.

Having you with me is the biggest happiness in my entire life. If I could live a second time, I'd still want to know you and have you for my whole life, even if I if had to drink salty coffee again". Her tears made the letter totally wet.

One day someone asked her: what's the taste of salty coffee? It's sweet. She replied. Love is not to forget but to forgive, not to see but to understand, not to hear but to listen, not to let go but to HOLD ON. Don't ever leave the one you love for the one you like, because the one you like will leave you for the one they love.

P/s: So guys out there r u all able 2 drink a salty coffee just 4 ur loves one??

Never Do That Again~

Semalam ..5.30 ptg.
Dekat trafic light nak masuk ke Pmtg Nibong..ada jammed selama 15 minit. rupa2nya ada lori terbalik dekat selekoh depan tu..
Dengan panas terik terasa bahangnya menembusi kulit...dengan kehitaman kereta ku..it was so tensed (baru panas dunia tu...)

Bila dah lpas ja lori terbalik tu..jln jd clear balik..
Sambil tu aku dok test mp3 modulator baru aku beli tu..RM18.80 jer..
Aku dok cari² lagu smbil tekan² button dia..menggunakan remote yg diberikan.
Ntah mcm mana..aku tertoleh sedikit utk melihat LCD modulator tu nk tgk no lagu...sekejap saja..just a glance..bila aku angkat muka ke depan balik..aku tgk ada lori besar dan laju jarak kurang dr 2 meter DAN kereta aku dh masuk separuh ke jalan sebelah...saat tu terasa jantung berhenti berdegup..
Masa tu dalam ingatan aku mmg dah HABIS..tp ada satu kuasa yang memusingkan tangan aku untuk memusingkan stereng ke kiri kembalikan kereta ke jalan yang betul dan sipi saja lori tu pass by....
Jantung terasa berdegup kembali...Mengucap panjang aku...Syukur Alhamdulilah..
Jangan sesekali terleka..tumpuan perhatian bila memandu...Malang Tak Berbau..Tak selamanya kita bernasib baik..

Malam Yang Beku

10.00 malam
Aku smpai ke stesen bas dengan ditemani zoolia n shima.
Setelah bersalam²an dengan depa, aku pon naik ke sit aku..bernombor 19 , single sit.
Duduk saja..mak ai..sejuk nak mampus..cermin tingkap kt tepi berkabus smpai tak nmpk apa.
Aku tgk ekon kt ats kepala..tak rasa pon...mcm tutup.
Bila aku sua tgn kt celah tepi atas tingkap tuh..fuh..sejuknya..smpai tembus tulang hitam...
Hanya Allah yang tahu.
Dalam fikiran aku..rasa mcm nk lari turun jer bas tu..aku ni mmg tak tahan sejuk..tmbh2 lagi
sejuk ekon..
Bas pon gerak la..aku tgk byk gi sit ni kosong.
.tapi,
mayb dia p amik org kt klang..aik..dia xmasuk klang..ada can aku lari p tmpt lain ni..tp tunggu sat dlu.Lps bkt raja baru aku ubah tmpt,bila konfem org dh xdak naik.

Aik, dia tak masuk PLUS..masuk meru plak..tol 4 kupang. P mana..xkan lalu kuala selangor kot...lagi naya...
Laa..rupanya dia p amik org kt terminal bas baru kt klang .kt mana ntah..xperasan la plak.
Lps sorg,sorg naik..last² bas penuh.no more tmpt kosong. by hook or by crooked terpaksa la aku menahan sejuk beku di tempat aku ni..xckup ngn baju sejuk yg aku pakai.habis aku selongkaq beg aku. bawak kluaq tola yg basah.aku letak kt tepi bahu kiri aku...hingga ke paha...kurang la 10% sejuk tu..sekejap² melurut tola tu..kena aku tarik balik..tu la aku dok
buat spjg perjlnn aku...bleh la lelap sat².kaki plak sejuk..dh buat mcm².aku bersila..kebas plak
kaki..nk wat mcm mana ni....last2 aku bwk masuk kaki dlm beg baju..nasib la benda² dlm tu..dlm 3 jam kot..aku bwak kluaq plak kaki aku.sarung kasut..pastu letak bawah beg baju..kurangler skit..paha plak sejuk..aku amik plak telekung..lapik atas paha aku..lantak la tak heran orgsekeliling dh.

2.00 am
akhirnya bas brenti.kt hentian bukit gantang.aku tgk jam pukul 2.dok thn dlm 15 min..last2aku turun kenc***.pastu aku tggu kt luaq bas smpai driver mai baru aku naik.
Bila aku smpai jer kt tmpt aku..aku cek sekali lg ekon..still sejuk.aku cek ekon org dpan aku..aik,tak sejuk pon..then aku cek sekali lg ekon aku..at that moment..tgn aku terkena ekon...laaaaa...patut la..ekon tu mmg terbuka dan direct ke celah atas tgkp tu.yg awai2 td rupanya aku p cek lampu(yang ku sangkakan ekon)..patut la tutup(awat ler blur )..apa lg , aku terus tutup ekon tu..fuuh..xtau nk hbq lepas tu..legaaaaa terasa..semua tola, kain telekung aku smpan balik dlm beg. terlepas azab aku selama 5 jam. pastu tu apa lg..sambung tidoq la..hnya
berbekalkan baju sejuk sja.fuh..nikmatnya.lena sungguh smpai terlepas tol juru.sib baik aku mcm terdengar suara org..baru aku terjaga.tgk2 dh smapi kt b'worth.bas tu berenti tepi jln ja.
apa lg..kelam kabut la aku bgn..sib baik semua brg dh simpan.

setelah menunggu adik aku hmpir stgh jam (sbb lupa kol dia masa kt juru),akhirnya smpai la aku kt rumah.

sekian....

Damai Yang Hilang -Now See Heart

::Tribute to Palestine

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil mengoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan

Singgah sat...

Assalamualaikum kepada semua muslimin dan muslimat,


Blog ini berhenti sejenak kerana sedih dengan penderitaan yang dilalui oleh masyarakat Palestin di Gaza akibat serangan kejam Israel, laknatullah...

Boycott Israeli Products~

URL: http://www.inminds.com/boycott-brands.html


*Disney - beli lah CD/DVD cetak rompak
*Kotex - brand lain kan ada..
*Carrrefour - jeng..jeng..jeng...
*Nescafe - Kopi Radix lagi bagus...
*Maggi - megi tak elok makan bnyak2... perencah Adabi ada... sos Life lg sedap daa...
*Danone - makan la biskut lain...
*Nestle - hmmm... ini susah sikit sbb Dutch Lady (Holland) pun kena boycott.. termasuklah Unilever products...

1. Products barcoded with "729" is made from Israel..so BEWARE!!!



Read more on http://www.mylinkspage.com/israel.html...

  1. Boycott Israel (mainly UK)
  2. International Boycott
  3. Company campaigns & info
  4. Academic Boycott
  5. News and comment
  6. Blogs
  7. The Wall
  8. Land conflicts
  9. Jewish / Israeli campaigns
  10. Joint Initiatives
  11. IDF Refusniks
  12. Environment
  13. Medical aid to Palestine
  14. Campaigns
  15. Caterpillar Campaign
  16. Campaign resources
  17. International law
  18. Official information
  19. Merchandise
  20. Pro-Israel sites



ermmm...kesimpulannya nak seribu daya..taknak seribu dalih...

ehsan dr http://farahfery.blogspot.com