..::.. S L i D 3 S H 0 W ..::..

Sperma...????!!!Baca dlu...

Hari tu terbaca satu majalah kt umah sepupu..majalah ANIS..
Belek pnya belek..terbaca kisah MURALI ABDULLAH. Dulu dia dikenali sbg S.MURALI..
dia adalah pengarah drama IHSAN..yang pernah ditayangkan di TV3 suatu ketika dlu..

tertarik dengan petikan kata-kata murali dalam artikel tu ...


"Umat Islam adalah umat paling kuat dan terbaik di dunia tapi malangnya kita tidak buat terbaik. Nabi Muhammad pun ketika berperang merancang dengan berbagai strategi termasuk membuat kubu. Bayangkan kaum Quraisy sepuluh kali ganda ramainya...Nabi gunakan fikiran baginda dan dia perang bersungguh-sungguh dan akhirnya Allah membantu baginda dengan turunnya para malaikat.

Daripada pengalaman, saya lihat ramai orang tidak bersyukur dengan kehidupan mereka sendiri. Saya pernah buat dokumentari mengenai persenyawaan manusia. Bayangkan sperma berjumlah 5 juta itu apabilamasuk ke dalam rahim, separuh daripadanya mati dibunuh cecair daripada ibu. 1 juta lagi berperang berlawan antara satu sama lain untuk memasuki telur@ovum. Jadi manusia paling kuat dan paling dahsyat itu adalah kita kerana kita telah berlawan dengan beberapa juta. Tapi apabila lahir sebagai manusia, kita jadi lemah dan mudah mengalah. Kejadian sperma ini satu keajaiban Allah malangnya kita tidak nampak kejadian alam untuk kita berfikir. Allah mencipta manusia semua sama tetapi kitalah yang menentukan. Tetapi kenapa kita masih berputus asa dengan hidup..??? "


So..lu fikirlah sendiri

1 comments:

ainnl_ said...

sy copy yerk :D