Sesekali bangun pagi
biarlah aku menangis
walau pun ada yang terus gosok gigi
dan mandi membersih diri,
ada juga yang hisap rokok dulu
tapi aku menangis peribadi.
Sesekali bangun pagi
biarlah aku menangis
bukan nak puji diri,
aku bersyukur kerana masih hidup
rohku masih berada di jasadku
diberikan-Nya untuk berfikir
menghadapi hari seterusnya.
Sesekali bangun pagi
aku menangis lagi
memikirkan cerita semalam
seorang lelaki dibunuh kejam
di jalanraya ikut sesuka hati
yang pasti si isteri dan dua anaknya
hilang tempat bergantung
hilang kasih sayang.
Hari ini kerajaan berkempen
kesedaran berbudi bahasa
namun ada segelintir manusia
lebih kejam dari haiwan
yang tidak tahu berfikir
tetapi menerima hakikat
kehendak alam seadanya.
Muhayat57
fama point, bandar baru selayang
29 Jan. 2005M/18 Zulhijjah 1425H
0 comments:
Post a Comment