::Penghargaan kepada seorang Ibu ::
Kewajaran Meraikan Hari Lahir
Bagi saya, sesuatu tarikh itu kita boleh untuk mengenangnya untuk :
1. Membawa kebaikan pada diri
2.Menghargai pada seorang ibu yang melahirkan
Ramai orang, selalu melihat yang pertama, tetapi selalu terlepas pandang yang kedua.Kalau budak-budak kecil, mereka gembira dengan hadiah-hadiah, tetapi kita yang sudah bukan kecil lagi ni, masa ni lah untuk kita berikan hadiah atau penghargaan pada ibu kita. Kerana disebabkan ibu, kita dilahirkan.
Apa kata, mulai hari ini kita war-warkan pada sahabat-sahabat kita, walaupun benda ni ada yang dah buat, tapi masih tidak ramai.Kita hargai seorang ibu yang disebabkan dia kita ada di dunia ini.
Apa Yang Dicari Tahun ini (teruatama pada Hari Lahir) ?
Kita manusia, banyak yang kita cari tika di dunia ini. Yang paling penting , manusia cari , “Kebahagiaan di dunia mudah-mudahan cemerlang di akhirat.”
Bila kita kata begini, maka akan berbeza hidup kita.Kita akan rasa sendiri perbezaannya. Siapa di antara kita yang setiap hari memastikan diri kita bahagia?..Kebahagiaan kita kena cari.Kita kena pastikan yang hari ini kita bahagia, mudah-mudahan bila kita mati, kita dapat cemerlang di akhirat. Terutama ketika hari lahir kita, bila kita boleh buat yang ini, insyaallah, hari lahir kita akan berbeza.
Kenapa Perlu Diraikan?
Hari lahir ni, bila kita raikan, kita raikan dengan berfikir semula,sebagai salah satu titik perubahan.
Sebagai contoh :
Sebagai seorang suami, fikir semula sejauh mana isterinya bahagia di samping dirinya sebagai suaminya?Apakah sudah terlaksana semua tanggungjawab yang menceriakan isternya?
Sebagai Seorang ayah, berfikir semula, sejauh manakah didikannya terhadap anak-anak itu terkesan dijiwa anak-anaknya?Apakah anak-anaknya bahagia bersamanya dan bangga dirinya sebagai ayahnya?
Sebagai seorang anak,fikirkan semula, sejauh mana dirinya ada dalam hidup ibu ayahnya, selama itu redha mereka berada bersamanya?apakah mereka redha padanya?
Lebih-lebih lagi,
Sebagai muslim, jika sudah meningkat usia, maka pada hari lahir ini, boleh memikirkan sejauh mana diri sudah melangkah dalam mengajak manusia untuk buat baik?dan menegur salah silap dengan ayat-ayat yang manis?
Manusia perlu sebab untuk berubah. Maka jadikan hari lahir sebab untuk satu titik perubahan dengan memikir semula sejauh mana diri kita dengan dunia.
Kita disuruh menghisab diri, jka boleh setiap hari, tetapi apa kata ketika hari lahir kita, kita hisab semula diri kita. Kita hisab dengan lebih ketara , lebih mendalam.
Kenapa perlu kita hisab diri???…
Kerana dunia tidak sempurna tanpa anda. Dunia masih tidak cantik jika tiada anda. Tanpa kamu , dunia ini masih tak sempurna.
Maka di sini kita fikir semula. Jika dunia sudah cantik, sempurna tanpa kita,kita tak perlu dicipta oleh Tuhan. Why should you be cereated? why you?
Jadi, rugi kalau kita tak meraikan. Kita cek balik kekuatan-kekuatan kita, kebaikan-kebaikan yang ada pada kita, yang patut diperkemaskan. Dan kita cek balik mana-mana kelemahan yang patut kita sisihkan dari diri kita.
Jika ini kita dapat buat, maka hari lahir kita akan berbeza. How beautiful if we can do this.
Ada kata-kata dalam agama menyebut : Manusia yang cemerlang adalah hari ini dia lebih baik dari semalam.
Maksudnya : berubah setiap hari.
Kalau dari malas kepada rajin, dari culas kepada berhati-hati.Kalau dari bujang, kepada bertunang, dari bertunang, pada perkahwinan.Maka itu semua satu perubahan.
Bagaimana Mahu Meraikan?
Meraikan hari lahir ni, biarlah yang menaikkan perasaan kemanusiaan. Yang membuatkan manusia rasa dihargai.
Kita ambil contoh,
Seorang suami, jika kebetulan hari tu hari lahir isterinya, apa salahnya balik awal sikit dari pejabat, belikan buah tangan untuk isteri. Paling kurang sejambak bunga. Tunjuk bahawa kita menghargai nilai isteri kita pada diri kita. Isteri tak minta balasan dari suami, tapi kalau suaminya menghargai dirinya, itu akan membuatkannya lebih rasa bernilai dan dihargai sebagai seorang manusia.
Atau hari tu, bawa isteri keluar jalan-jalan, katakan padanya tak perlu memasak hari ini , makan diluar, masa keluar itu, bualkan semua kenangan-kenangan dan nostalgia2 indah. Insyaallah, bila benda ni kita boleh buat, rumah tangga akan bahagia.
Penghargaan dari seorang suami sangat berharga bagi seorang isteri.Walaupun sekecil kata-kata , ianya sangat memberi kesan pada jiwa seorang wanita.
Contoh untuk seorang isteri pula (bagi yang bekerja),
apa salahnya kesibukan pada hari kelahiran suami kita kurangkan. Ambil cuti separuh hari, balik rumah, perkemaskan diri, cuba masak masakan yang paling digemari suami.
Kalau mahu lebih nampak cantik lagi, beritahu majikan, dua tiga bulan awal yang tarikh sekian-sekian tidak boleh ada kerja yang teruk-teruk. Bila suami balik, sambut dia. Maniskan wajah, indahkan senyuman anda. Berikan dia kejutan selepas dia habis letih. Sama ada berbentuk hadiah atau kata-kata. Ramai yang merasakan ini benda kecil tetapi ianya kadang-kadang memberi impak yang besar pasa sebuah rumah tangga. Ada suami, yang akan kecil hati, hati terasa jika hari-hari istimewa baginya tidak disambut oleh orang yang paling istimewa dalam hatinya.
Jika bentuk-bentuk sebegini boleh dilakukan oleh seorang isteri yang bekerja, maka ia kadang-kadang sudah cukup memberi tahu kepada suami bahawa dalam kesibukan kita bekerja, suami masih sebagai nombor satu dalam hati. Betapa indah apabila sebuah rumahtangga disulami perasaan mawaddah (kasih sayang) dan rahmat antara suami dan isteri dengan sebab perkara kecil ini.
Doa
Akhir sekali, dalam meraikan hari lahir jangan lupa untuk kita berdoa kepada Allah agar mengekalkan diri kita dalam keadaan keimanan juga ketakwaan, serta menjadikan diri kita bermanfaat pada orang lain.
Doakan pada sebuah kebahagaian di dunia dan kecemerlangan di akhirat.
———————————————————————————–
Dari Penulis
*Anda bila membaca artikel ini, masukkan sekali dalam pertimbangan bahawa saya
hanyalah pelajar sains yang cuba sikit-sikit belajar agama. Sebarang salah silap
harap ditegur.Doakan kejayaan saya.
Volgina Street, Konkova,
117437,Moscow.
0 comments:
Post a Comment