..::.. S L i D 3 S H 0 W ..::..

Inikah Yang Kau Katakan Sayang

Bila kau ucapkan kata sayang,
kata cinta, kata rindu... .
Sejauh mana kebenaran nya
Cukup kah kasih mu, cinta mu, sayang mu itu
untuk membungkus luka ku
terleraikah rindu ini dengan hanya bersandarkan janji
yang lebih banyak rapuh dari kukuh,
Tersedia kah ruang untuk ku berteduh
selamanya di hati mu... .
Bukan sekadar menumpang di penjuru paling jauh
atas kadar sementara..
Sehingga kau merasakan tempuh
aku bertapak di hati mu telah sampai ke penamat.
Mungkin juga sehingga kau memerlukan ruang ini
untuk penghuni baru..

Jesteru itu kemana hala tuju ku..

Aku bukan lah gagah untuk terus berdiri di luar pintu
Mengintai intai laluan yang membolehkan
aku kembali ke dalam..
Aku juga merasakan tidak perlu aku merayu
simpati mu
Dalam lelah yang sebegini
aku lebih rela menarik diri
Sebelum aku kehilangan sisa harga diri
Aku sempat juga menoleh ke arah mu
yang tercegat di situ
Terima kasih,
Ucapan sayang dari mu itu tidak ada erti lagi
Seperti janji setia mu yang cair
lebur bersama mimpi
bersama rindu yang tidak ku perlukan lagi

Terima kasih sekali lagi..
Ucapan sayang mu ku pulangkan
Kerana aku tidak memerlukan
cinta yang sebegitu... ..



0 comments: