..::.. S L i D 3 S H 0 W ..::..

Cinta Yang Tak Pernah Padam

ku tegakan badanku bila berhadapanMU,
kutunduk wajahku dikala bersamaMU,
kesiluan yg melanda jiwaku,
satu perasaan yg menikam kalbu,
perasaan yg tertarik ke arah kejadianku
keadaan yg membawaku suasana dahulu,
ketika diriku melafazkan ketekadtanku,
Engkaulah kuasa yg mutlak ke atas diriku,

kini kehidupanku hanya kernaMU,
jiwaku berserah kepadaMU yg satu,
kujanji dan kusumpah setia waktu,
keramat kehidupan ini hanya kepadaMU,

aku tidak gentar pada ugutan,
aku tidak berganjak walaupun pd kemewahan,
aku juga tidak takut walaupun merasai keperitan,
dan aku juga sesekali tidak akan terpengaruh kpd kemegahan,
darah yg mengalir hanya utk perjuagan,
keperitan yg ditanggung demi satu kebenaran,
pantang ku undur walaupun dgn sejuta halangan,

kerna ku tahu inilah erti kasih sayang,
aku juga mengerti inilah yg dikatakan pengorbanan,
inilah merupakan sebenarnya percintaan,
nilai inilah merupakan satu pengangungan,
dan kerana ku tahu inilah ertinya matlamat segala penciptaan,
kerana sesungguhnya sembahyangku,
segala urusanku,hidup matiku sendiri,
segala-galanya hanya kerna MU,
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM

0 comments: