..::.. S L i D 3 S H 0 W ..::..

Senyumlah Wahai Teman

Jika kita benar-benar menikmati kehidupan ini, kita berjaya meletakkan diri kita di tempat sepatutnya, kita aka merasakan bahawa hidup ini terlalu indah, jiwa akan tenteram , hati akan tenang, fikiran akan lapang. Sayangnya kita seakan selalu melihat bahawa kehidupan terlalu sukar, jiwa sentiasa tidak tenang, hati sentiasa gusar , fikiran selalu kusut. Mengapakah wahai teman kamu selalu begini?

Andai kita mengetahui dan sedar bahawa ujian Tuhan sentiasa berlaku ke atas kita kerana Dia perihatin kepada kita, pasti kita tidak akan terlalu merasakan ianya sebagai kesusahan, pasti kita kita melaluinya dengan penuh ketabahan.

Senyumlah wahai teman, ianya tanda ketabahan.

Senyumlah wahai teman, ianya tanda keimanan.

Senyumlah wahai teman, ianya sedekah paling mudah.

Ketika kamu melihat orang lain bersedih, apakah kamu juga mahu bersedih? Seorang mukmin (orang beriman) tidak akan menghiasi hidupnya dengan kemuraman, pasti akan terbit senyuman dari wajahnya hanya kerana ingin menghiburkan hati sesiapa yang melihatnya.

Ketika kamu merasakan bahawa kamu terlalu sukar menjalani kehidupan disebabkan masalah kewangan yang menimpa kamu, ingatlah , bahawa ada manusia yang mati disebabkan kelaparan, kamu masih punya makanan, masih punya keluarga, jika kamu sudah merasakan bahawa kesusahanmu itu tidak seberapa, pasti kamu akan tersenyum tanda bersyukur.

Tika kamu rasa, bahawa terlalu susah untuk mengikatkan tali pernikahan dengan orang yang kamu ingini, ingatlah, ada manusia yang sampai ke tua, tidak ketemu jodoh lagi, padahal kamu sudah punya calon , hanya perlu menyelesaikan masalah-masalah yang ada sahaja, pasti kamu akan tersenyum bersyukur kamu sudah punya calon , hanya kesabaran sahaja perlu sekarang.

Jika kamu rasa, kamu sudah terlalu sukar untuk menjalani kehidupan disebabkan kegagalan yang kamu lalui, ingatlah, bahawa kamu masih berada dalam instiusi pendidikan, masih punya peluang untuk terus belajar, sedangkan masih ramai lagi yang punya keinginan untuk terus belajar tetapi punyai masalah lain yang menyebabkan keinginan mereka tertutup, pasti kamu akan tersenyum bersyukur kamu masih di situ.

Wahai teman, usahlah terlalu gusar dengan kehidupan ini, Allah sentiasa melihat kamu, jika kamu merasa susah atau senang, Dia sedang menguji kamu, manusia yang diuji manusia yang terpilih. Kamu masih berada di dalam perhatian Allah, Dia sayang kamu, maka Dia menguji kamu. Senyumlah wahai teman, jangan bermuram, pedih rasa di hati melihat kamu bermuram.~UmarAlFateh Wordpress

Fahamilah Mengapa Beragama

Islam adalah the way of life. Ianya memberikan impak besar bagi sesiapa yang memahami isi kandungannya. Perlu akal yang cerdik atau dengan kata lain, yang suka berfikir (guna akal) agar benar-benar dapat menjadikan islam sebagai satu cara hidup. Bukan hanya sekadar panduan dalam ketenangan jiwa, bahkan juga sebagai pedoman untuk mengharungi kehidupan.

Bagi yang benar-benar merasai kemanisan iman, mudah baginya memahami isu dalam masyarakat. Lebih mudah baginya menerima hukum hakam berpandukan hati yang sudah dibersihkan dari banyaknya Tuhan kepada Satunya Tuhan, itulah Allah.

—————————————————————————————————————————

“wan, apa ek hukum muzik? dia boleh kan?” seorang sahabat bertanya.

‘kenapa nak muzik?’

“sebab nak kurangkan tension study” laju sahaja jawapan yang diberikan.

‘ hmm..kalau nak jawab, aku tak suka bagi hukum.. sebab aku bukan tok syeikh yang belajar kitab-kitab. Cuma mungkin sekadar perkongsian bersama..’

Diam sahaja teman saya ini.

‘ok..takpe je’

“Orang mukmin yang percaya pada Allah, yakin pada Allah, hati dia lembut. Mudah terasa. Bila sebut je nama Allah, hati dia macam bergetar-getar. Rasa rindu ada, dan selalunya datang sekali dengan satu rasa macam hati dijirus dengan air sejuk. Nyaman je rasa. Dan hati tu, dia sangat sensitif.”

‘erm..sensitif macam mana tu?”

“sensitif dia lain.. Dia akan rasa kurang enak bila ada yang menjauhkan dia dari Allah. Bila ada keadaan yang menjauhkan dia dari Allah, hati dia macam tak tenteram, dia lain macam jadi. “

‘jadi, apa kaitan benda ni dengan muzik?’ masih blur dengan jawapan yang diberikan.

“jadi, orang mukmin, dia akan sentiasa pelihara hati dan jiwa dia. muzik ni pelbagai. Dan, mungkin kau sendiri rasa, apa beza antara muzik yang liriknya entah apa-apa dengan liriknya dengan muzik yang lagunya menyebut nama Allah sebagai tema isinya.. dalam bab ni, kita tak perlu hukum, tapi tanyalah hati kita yang berisi iman itu, patutkah ianya diisi dengan selain yang mendekatkan diri pada Allah?..jika dah faham yang ini, insyaallah, hukum boleh atau tidak tu kita akan senang sahaja menerima.”

‘hmm..ok..’ ada sedikit kepuasan pada wajahnya, walaupun persoalan asalnya tidak dijawab.

——————————————————————————————-

Di satu hari yang lain, saya selaku wakil surau, telah memberikan daging korban pada majlis kerja yang ingin membuat jamuan hari raya Aidul Adha.

“wan, daging yang kau bagi tu, daging korban ke?..ke masjid beli?”

‘daging korban, ada orang bagi..awat?’

“owh..takde ar, kalau daging korban orang bukan islam tak boleh la nak makan.”

‘takde la, boleh je diorang makan.’

“ye ke? serius ke boleh?”

“Ianya salah satu jalan untuk dakwah juga.takkan la kiri kanan kita jiran non muslim, kita buat jamuan depa kita tak ajak? Kita kan disuruh berbuat baik dengan jiran. islam itu mudah, rahmat untuk sekalian alam. “

‘owh..terima kasih terima kasih.. benda baru ni.’ terbit senyuman dari sahabat sorang ni.

“sama-sama”

~ diambil dr Umar Al-Fateh Wordpress

Marilah Sama-sama kita berdoa

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuanMu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon/Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)

--Sama2lah kita memboikot barangan Israel

Bertakhta Di Hati

Di hempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

(Bridge)
Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Sinarnya menyala
Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta (dihati)

(Korus)
Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Di gilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Di guris resah
Meniti hari bersulam tangis

(Ulang bridge)

Takkan berganjak pendirianku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya
Takkan berubah perasaan ini terhadapmu
Biar digugat, biar dicabar, biar dihalang

Kenapa Masih Belum Berumahtangga ?

Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.
Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

Wallahu’alam