AKU... .
siapakah aku sebenarnya di bumi ini
masih tercari-cari identiti diri sendiri
di dalam dunia yang penuh onak dan dan duri
sukar untuk aku fahami hati ini
AKU... .
apakah yang aku inginkan?
apakah yang aku mahukan?
dan apakah yang aku kejarkan?
adakah harta dunia yang menjadi idaman
ataupun bekalan akhirat yang berkekalan?
AKU... .
masih teraba-raba dalam gelita
dalam meniti perjalan usia
apakah akan aku terjumpa
dengan apa yang aku damba
sukaruntuk aku menyatakannya
kerna aku merasa terlalu berdosa
AKU... .
bisakah aku tempuhi hidup ini seorang diri
tanpa sesiapa ada disisi
hadir untuk menemani
andai terjatuh bangun sendiri
atau mungkin terus berhenti
sukar untuk dimengerti
antara fantasi dan realiti
AKU... .
masih tercari-cari kebenaran
di seluruh pelosok alam
tanpa aku ketahui jalan yang besimpang dihadapan
namum harus jua aku lalui dengan keberanian dan kesabaran
walau apa pun yang bakal mendatang
tidak pernah menjadi halangan
teruskan berjalan dengan tenang
inilah erti dugaan
yang mematangkan pemikiran
AKU... .mendambakan ketenangan hati
AKU... .mengidamkan kekuatan diri
AKU... .mengharapkan kasih sejati
dimanakah tempat untuk mencurahkan rasa hati
tiada cinta yang lebih tulus dan suci
melainkan cinta hakiki darimu ILAHI
Akukah Ini....??
Senyumlah
Adakalanya....
Hari yang panas dan ceria
Bertukar mendung seketika
Mentari merangkak pergi
Gumpalan awan bertandang sisi
Hati gundah
Tercari-cari
ke Mana perginya mentari yang dinanti
Begitulah hidup...
Di saat kau selesa dengan kehidupan
tiba-tiba kau diuji dengan kehilangan
kehilangan nikmat harta
kehilangan nikmat ilmu
kehilangan nikmat rakan dan keluarga
dan kau meratapinya....
Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu...
Yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu kerna...
masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan Allah tak tahu derita hidupmu...
retaknya hatimu
sengsaranya sukmamu
Mungkin itulah yang Dia mahukan
kerna
Dia tahu
Hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untuk
DEKAT dan AKRAB dengan-Nya
Saat hujan turun membasahi hatimu
kau menangis kerna
merasa beratnya ujian tidak tergalas
~SenYumLaH~
kerna
Allah mendatangkan kepadamu pelangi nan indah
selapas hujan sirna kelamnya
'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya'
(Al-Baqarah:284)
Sumber dari: BLog Umar Al Fateh
Kesempurnaan SAF dlm SOLAT
Rapatkan saf - Usahakan barisan terbaik KALIMAT yang sering kita dengar dari mulut imam sebelum memulakan solat adalah "Luruskan saf (barisan dalam solat berjemaah)" atau "Rapatkan saf".
Namun berapa ramai yang benar-benar mengikuti arahan imam tersebut? Berapa ramai yang mengetahui apa maknanya meluruskan saf mengikut sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih?
Para ulama sepakat bahawa saf pertama adalah saf terbaik dan besar keutamaannya bagi jemaah lelaki dalam bersolat.
Manakala bagi saf jemaah perempuan, saf paling utama adalah saf paling akhir sekali. Ia sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :
Sebaik-baik saf barisan lelaki yang paling depan, dan yang terburuk
ialah yang paling belakang, dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir, dan
yang terburuk ialah yang paling depan. (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan Abu Hurairah:
Andaikata manusia mengetahui apa yang ada di dalam panggilan azan dan memenuhi saf paling depan, kemudian mereka tidak berjaya mendapatkannya (saf paling depan itu) kecuali jika mereka berlumba untuk mendapatkannya, pasti mereka akan
berlumba. (Riwayat Bukhari).
Disebut juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w. bahawa saf di sebelah kanan mempunyai lebih keutamaan berbanding saf di sebelah kiri. Daripada Aishah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat terhadap orang yang berada
di saf sebelah kanan. (Riwayat Ibnu Majah)
Di antara fadilat solat di saf pertama:
1) Menjaga kesempurnaan saf pertama sama seperti safnya para malaikat. Riwayat Jabir bin Samurah yang berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
''Tidakkah kamu berbaris sebagaimana saf para malaikat di sisi Tuhan-Nya?'' Kami
bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimanakah saf mereka di depan Tuhan?" Jawab Nabi:
"Menyempurnakan barisan pertama dan rapat benar dalam barisan." (Riwayat Muslim)
Daripada hadis di atas dapat kita fahami bahawa mereka yang memenuhi saf paling depan ketika solat adalah sama dengan saf para malaikat yang sentiasa menjaga kesempurnaan saf mereka dan saf para malaikat ini hampir dengan Allah s.w.t. Dari sini boleh kita katakan bahawa mereka yang berada di saf paling hadapan adalah orang yang paling hampir dengan Allah dan lebih mudah memperoleh rahmat-Nya.
2) Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada mereka yang berada di saf-saf paling hadapan. Daripada Abu Umamah berkata bahawa Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang
berada di saf pertama." Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimana dengan
saf kedua." Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya
berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama." Para sahabat bertanya
lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana dengan saf kedua." Rasulullah menjawab: "Ya,
juga saf kedua." (Riwayat Ahmad).
Selawat Menurut Dr. Fadhal Ilahi, makna selawat Allah atas mereka (yang berada di saf pertama) adalah seperti yang dikatakan oleh Imam ar-Raghib al-Asfahani, iaitu: "Tazkiyah (Penyucian daripada dosa-dosa) terhadap mereka." Selawatnya para malaikat pula: "Iaitu berbentuk doa dan permohonan keampunan." Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapat tazkiyah daripada Allah dan doa pengampunan daripada para malaikat.
3) Rasulullah memohon keampunan buat mereka di saf pertama sebanyak tiga kali. Daripada 'Irbadh bin Sariyah bahawa Rasulullah memohon keampunan bagi mereka yang berada di saf pertama tiga kali dan untuk saf kedua hanya sekali. (Riwayat Ibnu Majah).
Alangkah bahagia sekiranya orang yang paling mulia di atas muka bumi ini memohon keampunan untuk kita. Demikianlah beberapa keutamaan saf paling hadapan di dalam solat berjemaah.
Yang amat dikesalkan terdapat ramai di antara kita yang tidak lagi memberi perhatian terhadap keutamaan-keutamaan ini. Umat Islam di Malaysia seakan-akan tidak ghairah merebut saf pertama. Mereka lebih memilih untuk mendapatkan tempat yang membolehkan mereka bersandar dengan selesa seperti di tiang-tiang atau di dinding masjid, berdekatan dengan kipas dan pintu supaya dapat cepat keluar setelah selesai bersolat. Ada pula yang datang awal ke masjid tetapi berborak dahulu di luar masjid sambil menghisap rokok. Alangkah ruginya mereka ini. Sesungguhnya Rasulullah menyatakan bahawa sesiapa yang secara sengaja memenuhi saf belakang, maka Allah akan membelakangkan mereka.
Daripada Abu Sa'id al-Khudri bahawa Rasulullah melihat ada sebahagian sahabatnya yang tidak mahu maju ke saf pertama, maka baginda bersabda:
Majulah dan ikutilah saya, sedangkan orang-orang di belakang harus mengikutimu
pula! Sesuatu kaum yang selalu suka di belakang, tentu akan dibelakangkan pula
oleh Allah. (Riwayat Muslim).
Adakah kerugian yang lebih besar daripada kerugian dibelakangkan oleh Allah? Oleh itu datanglah awal ke masjid untuk solat berjemaah dan rebutlah saf pertama. PERANAN IMAM Rasulullah sebelum memulakan solat, akan memastikan makmum di belakangnya meluruskan saf terlebih dahulu. Anas bin Malik berkata, ketika telah iqamah untuk solat, Rasulullah menghadap kepada kami dengan wajahnya seraya bersabda:
Luruskan saf dan rapatkanlah kerana sesungguhnya aku melihat kalian dari
belakangku. (Riwayat Bukhari)
Kebiasaan yang kita lihat di masjid-masjid, para imam hanya melaungkan "luruskan saf", "luruskan saf" tanpa melihat jemaah di belakang sama ada mereka mematuhi perintahnya atau tidak. Mereka seperti hanya melepaskan batuk di tangga.
Sedangkan Rasulullah akan menghadap para makmum dan memastikan arahan meluruskan saf benar-benar dilaksanakan oleh para sahabat. Malah ada riwayat yang menyatakan Baginda pergi ke setiap barisan untuk melihat sama ada saf benar-benar telah lurus sebelum memulakan solat. Daripada Albara' bin 'Aazib berkata:
Adalah Rasulullah memasuki celah-celah barisan (saf) sambil mengusap dada dan
bahu kami. (Riwayat Abu Daud).
Pada zaman Umar al-Khattab pula, beliau mewakilkan tugas meluruskan saf kepada seseorang. Beliau tidak akan bertakbir (memulakan solat) sehingga orang yang membantunya dalam meluruskan saf itu memberitahu bahawa saf telah benar-benar lurus. Begitu juga dengan Uthman al-Affan dan Ali bin Abu Talib, mereka berdua bersepakat melakukan apa yang telah dilakukan oleh Umar. Dulu, Ali selalu mengatakan: "Maju wahai si fulan! Mundur sedikit wahai si fulan!"
Penulis menyarankan para imam masjid-masjid di Malaysia agar memerhatikan perkara ini dengan penuh teliti supaya amalan mereka selari dengan sunah Nabi dan Khulafa' ar-Rasyidin.
CARA MELURUSKAN SAF
Meluruskan saf dalam solat berjemaah merupakan sunah Nabi s.a.w. Malah ada ulama yang memandang penyempurnaan saf dalam solat adalah wajib. Menurut Syaikh Muhammad Nashiruddeen al-Albani:
''Mendirikan dan meluruskan saf hukumnya wajib kerana terdapat perintah yang berasal daripada Rasulullah. Kalimat perintah itu pada asalnya bererti wajib, kecuali ada qarinah (petunjuk lain) yang mengalihkan daripada pengertian wajib tersebut. Namun, terlalu sedikit di kalangan masyarakat kita yang mengamalkannya. Pada tanggapan mereka kesempurnaan saf hanyalah dengan mempastikan barisan solat itu lurus. Sebenarnya ada beberapa perkara lain yang juga telah diperintahkan oleh Rasulullah berkaitan kesempurnaan saf:
1. Merapatkan bahu dengan bahu orang yang solat bersebelahan dengannya.
2. Merapatkan lutut dengan lutut orang yang solat bersebelahan dengannya.
3. Merapatkan buku lali dengan buku lali orang yang solat bersebelahan dengannya. Hanya dengan mempraktikkan perkara-perkara di atas barulah tercapai kesempurnaan saf dalam solat berjemaah dalam erti kata sebenar. Hadis-hadis berkaitan dengan perkara di atas adalah seperti berikut:
* Daripada Nu'man bin Bashir berkata:"Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan melekatkan mata kakinya (buku lali) dengan mata kaki saudaranya." (Riwayat Abu Daud).
* Daripada Anas bin Malik daripada Nabi s.a.w. bersabda:
(Pada waktu solat) setiap kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan
telapak kakinya (buku lali) dengan telapak kaki saudaranya. (Riwayat Bukhari).
Sunah Nabi s.a.w. ini seakan-akan sudah lenyap dari masjid-masjid di Malaysia. Penulis pernah cuba mempraktikkan sunah ini dalam solat berjemaah di beberapa masjid, namun hasilnya amat mengecewakan. Ramai dari kalangan jemaah akan menjauhkan buku lali dan lutut masing-masing ketika penulis cuba merapatkan saf tersebut. Mereka seolah-olah tidak selesa merapatkan dan meluruskan saf dengan cara begini.
Namun begitu kita sebenarnya tidak boleh menyalahkan mereka kerana sunah ini memang tidak disebarkan secara meluas di Malaysia, apalagi untuk dipraktikkan. Penulis yakin sekiranya sunah ini diajar secara meluas di dalam kelas-kelas atau kitab-kitab fardu ain nescaya ia akan diamalkan di seluruh masjid di Malaysia.
HIKMAH MERAPATKAN SAF
1. Ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kesempurnaan solat. Sabda Rasulullah:
Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan
solat. (Riwayat Muslim).
2. Ia adalah faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam. Sabda Rasulullah:
Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan
saf), akan tercera-berai hati kamu. (Riwayat Muslim).
Sabda Baginda lagi:
Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu
diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan
mencerai-beraikan hati kamu. (Riwayat Abu Daud).
Menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur: ''Dalam perintah meluruskan dan merapatkan saf merupakan unsur pendekat jiwa yang akan menjalinkan hubungan persaudaraan dan keinginan saling menolong. Bagaimana tidak! Bukankah bahu si miskin berhimpitan dengan bahu si konglomerat, kaki si kuat melekat dengan kaki si lemah. Dan semuanya berada dalam satu saf, bagaikan bangunan yang tersusun sangat rapat.
3. Ia dapat menghindari gangguan syaitan ke atas orang yang bersolat. Sabda Rasulullah:
Rapatkanlah saf kamu sekalian, dekatkanlah antara saf, tegakkanlah tengkuk kamu.
Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman Tangan-Nya, sesungguhnya aku melihat
syaitan menyusup di celah-celah saf seperti anak kambing. (Riwayat Abu Daud).
4. Allah mencintai mereka yang menyempurnakan saf. Sabda Rasulullah:
Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah
seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat). (Riwayat
Abu Daud).
5. Ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang menyempurnakan saf di dalam solatnya. Rasulullah bersabda:
Orang yang paling baik di antara kalian adalah seseorang yang paling lembut
bahunya di dalam solat, tidak ada suatu langkah yang pahalanya lebih besar
daripada langkah seseorang yang melangkah untuk menutup celah dalam saf.
(Riwayat Thabrani).
6. Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada mereka yang menyempurnakan saf dalam solat. Sabda Rasulullah :
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang
berada di saf pertama. Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimana dengan
yang kedua." Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya
berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama. Para sahabat bertanya
lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana dengan yang kedua." Rasulullah menjawab: Ya,
juga bagi saf kedua. (Riwayat Ahmad).
Sayang sekali sunah-sunah berkaitan dengan saf ini telah dilalaikan dan diambil mudah oleh masyarakat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Apa yang ingin penulis sarankan di sini adalah agar sunah meluruskan dan merapatkan saf ini dihidupkan semula, terutamanya oleh para imam di masjid-masjid seluruh Malaysia. Para imam hendaklah bersungguh-sungguh mengerjakan sunah ini dan mengajak mereka yang bersolat di belakang melaksanakannya. Sabda Rasulullah s.a.w mengingatkan:
Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat. (Riwayat Bukhari).
Sumber dari :VirtualFriends.net
Berkasih Dalam Bersahabat
PESANAN IMAM SYAFIE?..
?Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan seluruh jiwa ragaku, seperti aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati .
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang sanggup bersamaku semasa suka dan duka. Jika aku temui, aku berjanji akan selalu setia kepadanya.
Aku hulurkan tangan kepada sabahat-sabahatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sabahat, aku semakin yakin pada diri sendiri.
Belum pernah aku temui di dunia ini seorang teman yang setia dalam suka atau duka. Padahal hidupku sentiasa berputar antara suka dan duka. Jika duka melanda, aku sering bertanya- siapakah yang sudi menjadi temanku? Semasa aku senang, sudah biasa banyak orang akan iri hati, namun, semasa aku susah, mereka bertepuk tangan.
Aku boleh bergaul secara bebas dengan semua orang ketika senang. Namun,, ketika musibah menimpaku, aku dapati mereka tidak ubah seperti roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka akan mencemohku; dan jika aku sakit; tidak ada seorang pun yang sanggup menjengokku.Jika hidupku penuh kebahagiaan, banyak orang akan irihati, jika hidupku berselimut derita, mereka bersorak-sorai?
Apabila tidak aku temui teman-teman yang bertakwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripadaku terus bergaul dengan orang?orang jahat. Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkan daripada bersahabat dengan kawan yang mesti aku waspada.
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang pendeta dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka, kelak kau akan memperoleh kebaikan.
Sepanjang hidupku yang semakin tua, belum pernah aku temui didunia ini teman yang sejati. Aku tinggalkan orang-orang yang bodoh kerana banyak kejahatan dan aku jauhi orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit
Teman yang tidak dappat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada menjadi teman. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada teman yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.
Sepanjang hidupku, aku berjuang keras mencari teman sejati sehingga pencarianku membosankan. Aku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.
Dalam diri manusia itu ada dua jenis potensi; tiupan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.
Sesiapa yang menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati kerananya. Begitu juga, sesiapa yang menghina orang lain, sudah tentu dia akan tersisih. Sesiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya suatu pahala. Begitu juga sesiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat?
Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai perasaan dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku berada dihadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu akku lakukan agar aku dapat menjaga diriiku daripada kejahatan.
Aku tunjukkan karamahanku, kesopananku dan rasa persahabatan keada orang?orang yang aku benci, sebagaimana aku tunjukkan hal itu kepada orang-orang yang aku cintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita menghamppiri mereka. Padahal,menjauhi mereka bererti memutuskan persahabatan.
Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia. Sehina-hina anjing,ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat selamanya tidak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, sudah tentu kau akan bahagia, asalkan kau hidup menyendiri.
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang mebina rumah untuk Allah S.W.T. Hanya orang yang berjiwa mulia sahaja yang dapat menjaga nama baik dirinya, dan selalu menghormati tetamunya, baik semasa hidup mahupun setelah mati.
Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baikmu kecuali dalam keadaan terpaksa,maka tinggalkanlah dia dan jangan banyak menaruh belas kasih kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya seperti istirehat.Dalam hati masih ada kesabaran buat si kekasih, meskipun memerlukan usaha yang keras.
Tidak semua orang yang kau cintai ,mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang dari tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat keran dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan memperlihatkan hal-hal yang sebelumnya menjadi rahsia?
SELAMAT TINGGAL DUNIA JIKA DIATASNYA TIDAK ADA LAGI SAHABAT YANG JUJUR DAN MENEPATI JANJI??
(Nasihat Imam Syafie- Nasihat ketiga- Susunan Muhammad ?Alif Al-Za?by-1999- Terbitan Darul Iman)
?Sahabat sejati pembina keindahan abadi?
Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu
Hidup ini ibarat sebuah belantara. Tempat kita mengejar segala keinginan dan sememangnya manusia diciptakanNya mempunyai kehendak dan keinginan. Namun, tidak semua yang kita inginkan akan tercapai, tidak setiap yang kita idamkan mampu menjadi realiti. Dan, bukan sesuatu yang mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum iaitu kita mesti berjaya, mesti bahagia atau yang lainnya.
Berapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa segalanya adalah pemberian Allah yang Maha Pemurah sehingga kejayaan itu membuatnya sombong dan bertindak mengikut nafsunya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tenang dan sabar sedangkan dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, pasti akan Allah tunaikan. Namun apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan mungkin kita miliki, walaupun ia mungkin telah menghampiri kita, walaupun kita telah bermati-matian mengusahakannya. Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah, malapetaka, dan sebagainya. Tetapi dia bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan dari Allah terhadap dirinya.
Oleh itu, bila seorang mukmin merasa sedih ketika ditimpa musibah, maka dia bukan mukmin sejati. Sebab, apa pun musibah yang menimpa seorang mukmin, selalu menguntungkan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: ?Sungguh menakjubkan! Urusan orang mukmin selalu menjadi hal yang menguntungkan bagi dirinya. Dan yang demikian itu hanyalah dialami oleh seorang mukmin.?
Seorang mukmin bila ditimpa kesusahan, dan dia mengingat Allah, dengan jalan itu itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, kerana penderitaan yang paling berat sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang mukmin adalah selalu mengingati Allah dalam keadaan ditimpa penderitaan yang amat sangat sekalipun, baik dengan mengucapkan tasbih, takbir, istighfar, doa mahupun dengan membaca Al-Quran, sehingga membuat jiwanya bersih, bening, perasaannya tenang dan tenteram.
Rasulullah SAW pun bersabda: ?Ingat akan Allah adalah penawar kalbu,? diriwayatkan oleh Ad-Dailami oleh Anas.
Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah SWT; ? Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui.? (QS. Al-Baqarah 216)
Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam dalam nestapa yang berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas dari genggamanmu, dari dakapanmu. Kita lihat di sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri. Andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai hari ini ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!
Manusia yang mulia adalah yang menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah hamba, benar-benar hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar-benarnya, baik secara teori mahupun praktikal. Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cintaNya, keredhaanNya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan ?kecantikan? Maha Pemurah.
Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah SWT, ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kita mesti tetap ikhlas! Kita menerima semuanya dengan senyum yang mengembang, dengan redha yang tidak terhitung. Hidupnya hanya untukNya. DIAlah tujuan hidup, sebaik-baik tujuan hidup! Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal, modal untuk mencapai keredhaan Allah SWT.
Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! Kerana, ia memang bukan milikmu! Maka, bersihkan hatimu, ikhlaslah.. redha dengan ketentuanNya. Kerana, kita ini adalah sebenar-benar hamba! Moga kita lebih kuat dan dekat kepadaNya.
Ameen Ya RABBal 'Alameen.

